APM 2012 – Taufik Batisah Ganti Tempat Siti Nurhaliza sebagai Artis Serantau Paling Popular

Anugerah Planet Muzik 2012 (APM 2012) yang berlangsung di Max Pavillion sebentar tadi menyaksikan kemenangan cukup bermakna kepada Taufik Batisah apabila dia dinobatkan sebagai Artis Serantau Paling Popular, mengantikan tempat Datuk Siti Nurhaliza yang mengungguli kategori itu selama lebih sedekad.


Kemenangan Taufik membuktikan popularitinya di Singapura memang sukar digugat. Namanya terus menjadi pilihan peminat apabila nama Siti Nurhaliza tidak lagi tersenarai setelah penyanyi ini mengambil keputusan mengundurkan diri daripada APM pada tahun lalu. Lebih menggembirakan, Taufik turut diumumkan sebagai pemenang kategori Artis Singapura Paling Popular dan Kolaborasi Terbaik bersama Rossa menerusi lagu "Aku Bersahaja".

Sekalung tahniah diucapkan kepada Datuk Sheila Majid kerana terpilih sebagai penerima Anugerah Khas Planet Muzik. Diva Jazz ini memang layak menerima anugerah tersebut kerana bukan sedikit kejayaan yang telah diraih oleh beliau.

Tidak dilupakan Hafiz, Shila Amzah dan Alyah. Syabas atas kemenangan mereka untuk kategori Artis Lelaki Terbaik, Artis Wanita Terbaik dan Lagu Terbaik. Kemenangan ketiga-tiga artis ini cukup membanggakan Malaysia kerana ketiga-tiga kategori ini bukan berdasarkan populariti tetapi kualiti di mana ia diadili oleh barisan juri profesional.

APM 2012 menyaksikan  17 kategori dipertandingkan, termasuk dua kategori baru iaitu Ikon Media Baru dan Nova Media Baru. Berlangsung di Max Pavilion, Singapura, APM 2012 dihangatkan dengan persembahan artis dari tiga buah negara iaitu Malaysia, Singapura dan Indonesia.

Berikut senarai penuh pemenang APM 2012:

Persembahan Vokal Terbaik Dalam Lagu (Artis Baru Lelaki)
Anji, (Hatiku) Berhenti Di Kamu

Persembahan Vokal Terbaik Dalam Lagu (Artis Baru Wanita)
Raisa, Serba Salah

Anugerah Hits Radio
Aishiteru - Zivilia

Duo/Kumpulan Baru Terbaik
Audionauts, Maha Bisa Rahsia

Kolaborasi Terbaik
Rossa & Taufik Batisah - Aku Bersahaja

Artis Lelaki Terbaik
Hafiz - Ku Akui

Artis Wanita Terbaik
Shila Amzah - Patah Seribu

Duo/Kumpulan Terbaik
Kotak, Tendangan Dari Langit

Lagu Terbaik Singapura
Pulanglah - Awi Rafael

Lagu Terbaik
Kisah Hati - Alyah

Artis Singapura Paling Popular
Taufik Batisah

Lagu Singapura Paling Popular
Ku Tetap Kan Menunggu - Hady Mirza

Artis Serantau Paling Popular
Taufik Batisah

Lagu Serantau Paling Popular
Ku Tetap Kan Menunggu - Hady Mirza

Nova Media Baru
Abdul Muttaleeb - Malaysia

Ikon Media Baru
SleeQ

Anugerah Khas Planet Muzik
Datuk Sheila Majid

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top