Soulstar 2012
2 peserta lagi terpaksa meninggalkan pentas Soulstar 2012 semalam selepas mendapat undian terendah pada konsert mingguan kelima di Kampung Budaya Sarawak (SCV).

Peserta yang diumumkan tersingkir ialah Abdul Razak Hassim, 22, atau Angah dan Fify Rozilawaty Jamaluddin, 18.

Pengetua Soulstar, Iwan Dasri semasa membuat pengumuman itu turut melahirkan rasa tidak puas hati dengan persembahan sebilangan peserta pada konsert kali ini.


"Saya hampa dan tidak berpuas hati dengan persembahan rata-rata pelajar hari ini (semalam). Jadi dua peserta yang meninggalkan kita ialah Angah (Abdul Razak) dan Fify," katanya selesai konsert itu di sini semalam.

Persembahan pelajar Soulstar dinilai oleh tiga orang pengkritik merangkap juri jemputan yang nyata memeriahkan lagi konsert tersebut iaitu Cassie My Starz LG, penyanyi Bob AF serta penyanyi antarabangsa kelahiran Sarawak, Zee Avi.

Bob AF dan Zee Avi turut menghiburkan hadirin dengan masing-masing membawakan dua buah lagu.

Juara Soulstar 2012 bakal membawa pulang hadiah wang tunai RM5,000 berserta hadiah-hadiah lain. Pemenang tempat kedua dan ketiga masing-masing akan menerima hadiah wang tunai sebanyak RM3,000 dan RM2,000.

Soulstar 2012 dianjurkan oleh Kampung Budaya Sarawak dan E-One Dasri Talent Management manakala Kosmo! menjadi rakan media rasmi.

Bagi urusan pembelian tiket, orang ramai boleh menghubungi talian 082-846108.
Hakcipta terpelihara

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top