Bekas Panglima Tentera Darat Jeneral (B) Tan Sri Zain Hashim meninggal dunia di Hospital Selayang pada 3.50 petang hari ini akibat sakit tua.

Allahyarham berusia 81 tahun.


Jenazah Allahyarham dibawa pulang ke kediamannya di Tropicana Indah, Kota Damansara, disembahyangkan di Masjid Kota Damansara dan akan dikebumikan pukul 10 malam ini di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 9, Kota Damansara.

Allahyarham meninggalkan seorang balu Puan Sri Salifah Mohd Esa dan dua anak, iaitu Zubaidah dan Zainul Bahrain.


Allahyarham dilantik sebagai jeneral dan menyandang jawatan Panglima Tentera Darat kelapan dari 20 Jan 1981 sehingga bersara dari perkhidmatan tentera pada 15 Jan 1984.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top