Akhil Hayy muncul dengan program terbaru berjudul Cubaan yang menerjah orang awam sambil berdakwah. Program Cubaan disiarkan di Astro Oasis (saluran 106) pada setiap Sabtu, pukul 7.30 malam bermula 16 Julai ini.

Program Cubaan Akhil Hayy

“Program ini bukan sekadar terjahan dan merakamkan sesuatu keadaan dengan kamera tersembunyi, tetapi secara tak langsung tujuannya adalah untuk mendidik dan berdakwah kepada masyarakat.

“Kami sengaja menjadikan program ini berbentuk santai dan spontan namun tidak bermakna hendak mengaibkan pihak tertentu. Saya bukan nak tunjuk pandai, sebaliknya mahu memberikan penyelesaian dan kesedaran kepada masyarakat jika sesuatu insiden yang tidak diingini berlaku kepada keluarga dan diri-sendiri,” jelasnya dalam satu sidang media di The Gardens,Mid Valley Megamall, di sini, Isnin.

Sepanjang sebulan menjalani rakaman program 13 episod itu di sekitar ibu kota, Akhil akui banyak pengalaman dan cabaran yang dihadapinya.

“Semasa kami meminta seorang kru wanita melakonkan sebagai wanita hamil yang mengerang kesakitan, kami lihat tiada masyarakat yang prihatin sehinggalah akhirnya muncul seseorang yang bukan Muslim mengambil tindakan dan meminta orang ramai menolong wanita itu.

“Selain itu, berlaku juga kejadian yang tidak diingini ketika kami menguji orang ramai dengan insiden seluk saku. Malangnya, salah seorang kru kami cedera di kepala akibat diserang oleh orang awam yang membantu mangsa pencuri itu,” ceritanya.

Jelasnya lagi, program yang pertama kali dilakukan berbanding sebelum ini benar-benar memberikan pendedahan baru dan membuatkan Akhil sentiasa beristighfar serta berhati-hati dengan kejadian yang tidak diingini walaupun sentiasa diawasi oleh pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan Polis.

Suami kepada penyanyi Waheeda ini berharap agar program itu akan menyingkap kebaikan sebenar dan memberikan contoh terbaik kepada masyarakat.

“Saya rasa sudah tiba masanya untuk pendakwah mendatangi masyarakat dan bukannya hanya berada di surau atau masjid kerana mungkin ada antara masyarakat yang terlepas pandang tentang beberapa insiden yang berlaku di sekeliling kita,” katanya.

Menurutnya, album yang akan memuatkan dua buah lagu itu turut menampilkan kolaborasinya dengan penyanyi Mawi dan kumpulan Brothers menerusi lagu Ighfir Zdunubi (Ampunkan Daku) dan Subhanak (Maha Suci Engkau) yang digubah sendiri oleh Akhil dan isterinya.

Selain itu, dia sedang sibuk menguruskan perniagaan pakej umrah ke Mekah melalui syarikatnya, Akhil Network (AN) di Kajang sejak setahun lalu.

2 ulasan:

  1. Sebuah program yg menarik. Walau bgimana pun, diminta pihak astro lebih perihatin dgn program ini. Selalunya ia mengAIBkan org awam yg tidak dpt memberikan jawapan kpd soalan2 agama yg dikemukakan. Mereka di pandang serong atau dipandang rendah atau dikutuk oleh jiran2,kawan2,anak2 jiran dan org yg mengenalinya. Cuba bayangkan setiap kali individu tersebut berselisih dgn org2 yg mengenalinya,mereka akan berkata: "Itulah pakcik yg tak tahu Rukun Iman", dan sbginya. Cuba bayangkan kalau diri anda dihina dan di aibkan begitu, oleh org kampung atau perumahan anda? Nak ke surau atau ke masjid pun dah malu. Itu bukan caranya utk menyedarkan masyarakat Islam tetapi lebih utk 'mengaibkan' individu tersebut. Sepatutnya pihak yg bertanggungjawab menutup (shade) muka org berkenaan semasa disiarkan kpd khalayak ramai. Sgt2 berharap agar pihak yg bertanggungjawab mengambil tindakan dgn kadar segera, supaya tiada lagi individu Islam dimalukan atau diaibkan lagi. Sekian, terima kasih.

    BalasPadam
  2. wahai sang TANPA NAMA,jangan pandai cakap je memang cara ni agak mengaibkan tapi kadang2 cara ni la untuk menyedarkan umat islam,macam mana mengaku ISLAM sedangkan perkara yang diajar semasa tadika pun tak tahu.Rukun Islam,Rukun Iman,mengucap,whuduk,Al-fatihah,doa makan.Cuba kita fikir kebaikkannya pula jika soalan diajukan pada ibu bapa,guru,remaja,jiran,kawan2 mungkin mereka akan terfikir mcm mana aku mendidik anak,mcm mana aku mendidik pelajar ku,mcm mana aku membesar sebagai remaja islam,mcm mana aku berjiran sedangkan aku tak pernah ajak jiran aku ke masjid,mcm mana aku berkawan sedangkan aku tak pernah ajak kawan2 aku ke jalan kebaikkan.Andai semua cara negetif jadi tiada lagi cara untuk menyedarkan umat islam bahawasanya kita UMMAT AKHIR ZAMAN

    BalasPadam

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top