Isteri penyanyi Mawi, Ekin disahkan hamil tujuh minggu selepas 2 kali keguguran sebelum ini.

Khabar baik itu disambut dengan penuh kesyukuran oleh Mawi yang memberitahu, beliau tidak sabar-sabar lagi untuk menimang cahaya mata sulung.


“Dua minggu lalu, Ekin disahkan hamil selepas melakukan pemeriksaan di sebuah hospital swasta di Bangi, Selangor.

“Ini khabar gembira buat kami suami isteri yang mendambakan untuk menjadi ibu bapa seperti pasangan lain.

“Namun begitu, dalam menyambut berita menggembirakan ini, saya perlu beringat kerana isteri saya pernah mengalami keguguran, bukan sekali tetapi dua kali,” kata Mawi.

Mawi dan Ekin telah mendirikan rumah tangga pada 21 Disember 2008 dan sehingga kini, masih menunggu untuk menimang anak.

“Saya berharap kali ini Allah memberi kami rezeki dan permintaan kami dimakbulkan-Nya. Soal jantina bayi, saya tidak kisah.

“Bagi saya, apa yang penting, Ekin nanti selamat melahirkan bayi kami dan sempurna sifatnya.Doa peminat amat diperlukan agar isterinya beroleh kekuatan untuk menjalani tempoh kehamilan."

Semoga kali ini Ekin tak lagi keguguran.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top