Jimmy Shanley kini sedang mempertimbangkan sama ada mahu meneruskan atau menarik semula permohonan nusyuz dan kembali taat yang difailkan terhadap isterinya, Nursuhaila Eliani Suhaimy.

Dalam membuat keputusan, dia mengambil pendekatan 'tunggu dan lihat' akan sifat Nursuhaila Eliani demi masa depan anaknya, Zahrah Shanley yang lahir pada 24 Jun lalu.


Beliau yang kini kerap berulang-alik ke rumah mertua demi menjaga Zahrah juga berkata, terdapat perkembangan positif dalam hubungannya dengan Nursuhaila selepas kelahiran anak mereka.

Pertama kali menjadi bapa, Jimmy kelihatan teruja apabila bercerita tentang puteri sulungnya, Zahrah yang menjadi fokus utama dalam kehidupannya.

"Saya banyak menghabiskan masa bersama anak, hampir setiap hari saya bersama anak. Anak memang ikut ayahnya, iaitu pendiam," katanya yang turut mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia yang mendoakan rumah tangganya kembali rukun.

Selain itu, Jimmy juga mengakui, hubungannya dengan keluarga mertua masih baik dan mereka juga bercadang untuk mengadakan majlis cukur jambul pada Sabtu hadapan.

"Insya-Allah, saya lakukan ini demi masa depan anak. Tidak guna diteruskan jika anak jadi mangsa.

"Saya tidak kisah menjadi suami yang tidak bahagia, tetapi menjadi bapa yang bahagia, saya sedia berkorban. Keluarga mertua juga maklumkan isteri berhasrat untuk balik dan tinggal bersama saya selepas hari raya ini,'' jelasnya.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top