Shahz Jaszle (Shahz) mengaku hubungan rapat dengan Neelofa (Lofa) adalah bertitik-tolak daripada kekerapan mereka bekerjasama di dalam beberapa projek drama dan filem.

Sekalipun mereka menjadi rapat sejak lebih tujuh bulan lalu tetapi mereka tidak menjalin hubungan seperti mana yang didakwa.

Gambar Shahz Jaszle (Shahz)

"Soalan ini (hubungan dengan Neelofa) bukan perkara baru dan sudah banyak kali ia ditanyakan. Hakikatnya, memang kami rapat cuma belum bersedia untuk menjalin hubungan.

"Kami menjadi rapat atas dasar keserasian dan banyak berkongsi cerita. Namun, buat masa ini kami selesa berkawan rapat tanpa sebarang hubungan istimewa," katanya.

Ujar Shahz lagi, dia tidak keberatan untuk mengakui dan berkongsi kisah peribadinya jika benar dia menjalin hubungan dengan aktres itu.

Gambar Shahz Jaszle (Shahz) - Neelofa (Lofa)

"Saya bukan seorang yang suka berahsia tidak tentu pasal jika benar saya bercinta. Masalahnya, bagi kes saya dan Lofa, kami masih berkawan buat masa ini.

"Terus-terang, memang saya sudah bersedia untuk menjalin hubungan selepas satu tahun setengah bergelar solo.

"Kalau hendak tahu, saya sukakan kanak-kanak dan tidak sabar untuk berkahwin awal sebenarya tetapi masih belum bertemu dengan gadis pilihan lagi," kongsinya.

Bagaimanapun, pelakon filem Azura 2011 ini berkata, keutamaannya pada waktu ini adalah pada kerjaya lakonan yang semakin berkembang.

"Apa yang lebih utama sekarang adalah kerja. Sebolehnya saya mahu tumpukan perhatian pada kerjaya lakonan yang semakin berkembang ini.

"Alhamdulillah, selepas hampir dua tahun menceburi bidang ini, saya akui kewangan juga bertambah stabil dan baik. Kalau ada jodoh saya dalam waktu terdekat, saya tidak menolak," tuturnya.

~ Mstar

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top