Sinopsis Tahajjud Cinta, TV3

Kecekalan Citra Maisara serta beberapa lagi kisah wanita tertindas dipaparkan menerusi drama bersiri Tahajjud Cinta yang bakal bersiaran bermula 8 Julai ini menerusi slot Zehra, setiap Jumaat jam 9 malam di TV3.

Cetak ilmu serta tidak mengetahui pelbagai hak yang telah direncanakan oleh Yang Maha Esa pada golongan wanita, kadang kala membuatkan mereka tersepit.

Tiada hala tuju dan ditindas tanpa belas, membuatkan wanita bernama Citra Maisara lakonan Nur Fazura bangkit mahu membela nasib kaumnya sendiri.

Perjuangan yang bukan mudah dan berliku itu tetap nekad untuknya mengharungi demi satu tujuan bagi membantu golongan yang tertindas.

Tahajjud Cinta

Drama bersiri Tahajjud Cinta mampu menjadi kamus tauladan kepada golongan hawa untuk tampil memperjuangan hak mereka.

Drama ini memaparkan tentang perjuangan seorang wanita yang mahu berjuang membantu wanita. Menyedari ramai wanita yang tidak tahu hala tuju apabila ditindas terutamanya dalam alam rumahtangga, drama ini menunjukkan laluan apa yang perlu dilakukan.

Fokus utamanya ialah mengenai kesungguhan seorang peguam syariah iaitu Citra Maisara yang bersungguh-sungguh mahu berjuang mempertahankan hak mereka.

Selain Fazura, Tahajjud Cinta dibintangi oleh pelakon-pelakon hebat dan wajah baru antaranya Eman Manan, Tan Sri Datuk Dr Jins Shamsuddin, Norish Karman, Melissa Saila, Dira Abu Zahar, Aaron Aziz, Fauziah Gaos , Neelofa dan ramai lagi.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top