Sejak berlaku kontroversi pertunangan Fizz dengan isteri orang yang turut mengaitkan Almy nadia, peluang kerjaya lakonan Almy semakin pudar.
Katanya, dia tidak mendapat tawaran daripada mana-mana pihak produksi untuk tawaran berlakon drama mahupun filem.
“Setelah insiden yang berlaku, kerjaya seni saya agak terjejas dan tersekat. Saya agak lama menyepi daripada industri seni tanah air ini kerana tidak mendapat sebarang tawaran berlakon sejak sebelum bulan puasa sehingga baru-baru ini.
“Ini merupakan tempoh yang agak lama kerana saya mempunyai tanggungjawab untuk dilaksanakan kerana saya harus menyara anak angkat dan ibu bapa saya,” katanya yang kini sedang menjalani penggambaran drama 13 episod untuk RTM berjudul Saza.
Malah, pelakon yang comel ini juga menghadapi kesukaran sewaktu kerjaya seninya tersekat dek kontroversi yang melanda.
Sewaktu di dalam kesusahan, dedah Almy, dia mengambil apa juga tawaran lakonan walaupun bayarannya hanya antara RM100 ke RM200.
“Kehadiran pelakon-pelakon baharu mungkin menjadi punca saya kurang mendapat tawaran berlakon kerana saya bukanlah seorang yang suka melobi untuk mendapatkan sesuatu pekerjaan itu.
“Saya lebih suka sekiranya mereka memandang kepada bakat saya. Malah, pada ketika itu agak sukar untuk menyara keluarga saya dengan bayaran yang sekecil itu tetapi saya tetap bersyukur dengan rezeki yang telah Tuhan berikan.
“Di samping itu juga, saya bersama ibu saya turut menjual karipap secara kecil-kecilan kerana saya hanya akan lakukan kerja yang halal dan kerja yang bermaruah, Malah, orang yang sentiasa membantu mempromosikan karipap ini ialah Fizz Fairuz,” ujarnya.
Tegasnya, dia tiada perasaan segan ketika itu walaupun sehingga menitiskan air mata untuk mendapatkan pekerjaan.
Tinggalkan kisah sedih Almy dan perhatian ini difokuskan kepada persoalan bilakah Fizz Fairuz akan melamar Almy Nadia?
Soalan yang masih belum terjawab kerana Fizz sebelum ini pun tidak memberi tarikh sebenar dia bakal melamar Almy.
Justeru, apakah jawapan daripada Almy pula?
Sepatah jawab Almy: “Nantikan.” Malah, ketika ditanya mengenai bagaimana dia boleh memaafkan Fizz setelah insiden tersebut, ujar Almy, setiap manusia pasti melakukan kesalahan dan kita sebagai manusia tidak boleh menghukum seseorang itu ataupun membencinya.
Tambah Almy: “Jangan membenci orang kerana takut ia akan terpalit pada diri sendiri. Tempoh untuk saya kembali memaafkannya selepas berlakunya insiden tersebut harus ditanyakan kepadanya (Fizz Fairuz).
“Ini kerana saya tidak mahu komen apa-apa kerana sejak berlaku dugaan yang bertimpa-timpa, saya tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan lagi selepas sebelum itu saya sering memberikan komen dan tiba masanya untuk saya mendiamkan diri sahaja,” katanya.
Almy yang kini tampil dengan imej baharu, inginkan suatu pembaharuan dalam diri dan kerjayanya.
“Saya harus bersaing dengan pelakon-pelakon baharu, jadi saya mengambil keputusan untuk memotong rambut dan menjaga penampilan agar nampak kelainan dan mengharapkan ditawarkan watak-watak muda,” katanya.

0 ulasan:
Catat Ulasan