Bermacam gossip dan spekulasi timbul bila Shahir, juara Akademi Fantasia musim kelapan (AF8) menghilangkan diri dari dunia seni kira-kira setahun setengah yang lalu. Kebanyakannya berkisar kepada rajuk penyanyi lelaki ini apabila pelbagai kontroversi dikaitkan dengan dirinya.
Daripada cerita kononnya dia tidak lagi diberikan perhatian oleh syarikat pengurusan, sikap Shahir sendiri yang kurang berdisiplin, dirinya terkena buatan orang, membabitkan diri dengan kumpulan keagamaan sehingga cerita dia membawa diri kerana kecewa apabila cintanya dengan pelakon, Rozita Che Wan, tidak kesampaian, semua tersebar apabila dia menghilangkan diri daripada dunia glamor.
Biarpun status hubungan Shahir dan Rozita, yang sebelum pernah menjadi bahan gosip malah tajuk utama di media agak kabur dek ketiadaan pengesahan jelas daripada kedua-duanya, namun tentunya semua itu tinggal sejarah apabila pelakon wanita itu sudah pun dirisik Zain Saidin, baru-baru ini. Bahkan, kedua-duanya dikatakan bakal menaiki pelamin pada penghujung tahun ini.
Bertemu Shahir Sabtu lalu, sewaktu dia menjayakan acara Ceria Futsal Mangga/ Masgenuine 2013 di Sports Planet Ampang, selepas sekian lama tidak muncul di khalayak ramai, penyanyi Kebahagiaan Dalam Perpisahan ini memberitahu, dia bukanlah merajuk apabila mengendurkan seketika pembabitannya dalam dunia seni.
Sebaliknya, dia memilih untuk mengutamakan keluarga pada waktu berkenaan, selain menjalankan perniagaan di kampung halamannya, Perak.
Begitupun, jejaka ini enggan mendedahkan jenis perniagaan diusahakannya.
Sambung kontrak
Menurutnya, sepanjang `kehilangannya' itu, tentu ada cerita yang ditokok tambah, selain berita yang sengaja diada-adakan.
"Secara jujurnya, tiada istilah merajuk. Kelakar juga apabila ada yang mengatakan saya merajuk sebab sudah tidak tahan dengan onak duri dunia seni.
"Hakikatnya, tidak terlintas langsung untuk saya meninggalkan arena seni. Dunia ini memang saya minati sejak dulu lagi, justeru, mana mungkin saya persiakan peluang yang datang di depan mata? Cuma dalam tempoh berehat, saya memilih untuk utamakan perkara paling berharga dalam hidup iaitu keluarga.
"Jadi, saya memilih untuk bersama mereka waktu itu kerana ia lebih bermakna daripada segala-galanya. Kesihatan ayah (Zawawi Abdullah) pun tidak berapa baik. Apabila sudah tua, macam-macam penyakit datang. Ayah saya turut menghidap penyakit batu karang dan perlu membuat pembedahan. Apabila ibu jaga ayah, saya pula tolong tengok-tengokkan adik dan membantu apa yang patut sebagai anak.
"Kisah kononnya saya terkena buatan orang juga memang tidak betul sama sekali. Sebaliknya tempoh berehat itu umpama kita berpuasa selama sebulan dalam setahun. Saya pula memilih untuk berehat seketika. Pada masa sama, saya tidaklah kecewa dengan segala tohmahan yang dilemparkan," katanya yang sudah memperbaharui kontrak bersama Astro, barubaru ini.
Single, drama baru bakal temui peminat
Akui Shahir, sejak seminggu lalu, dia memang sudah kembali ke ibu kota untuk meneruskan agenda seni yang selama ini tertunda.
Bahkan dalam tempoh berehat itu, dia sempat merencana kerjayanya, cuma memilih untuk tidak terburuburu kerana bimbang hasilnya nanti sekadar tangkap muat.
"Tempoh berehat banyak mematangkan saya. Malah, kehadiran pada acara futsal ini juga sebagai isyarat kepada kepulangan semula saya ke arena seni.
Setakat ini saya sudah membuat rakaman untuk program Aidiladha, selain bakal muncul dengan single dan drama.
"Dalam hidup ini, saya juga mahu berubah menjadi lebih baik, cuma tidak mahu terlalu drastik. Saya juga ingin kembali mempromosikan single Aku Yang Berdosa, yang selama ini dilakukan tanpa pembabitan saya," katanya.
Mengenai gosip membabitkan dirinya dengan Rozita pula, shahir menegaskan, perkara lama tidak perlulah diungkit semula.
BH
Oleh Zaidi Mohamad

0 ulasan:
Catat Ulasan