Syarat nak kahwin pelakon Wan Nor Azlin

Wan Nor Azlin bersedia untuk berkahwin semula sekiranya lelaki yang melamarnya itu dapat menerima dan menyayangi tiga anaknya hasil daripada perkahwinan terdahulu.

Wan, 45, berkata, perkara itu menjadi keutamaan tidak mahu anak-anaknya berasa tersisih jika dia mengambil keputusan untuk berumah tangga.

"Saya bukan muda lagi untuk bercinta tetapi jika bertemu jodoh semula saya terima dan paling penting lelaki tersebut kena menerima dan menyayangi anak-anak saya.

"Jika dia dapat menerima mereka maka saya percaya dia akan sayang saya seadanya. Selain ikhlas dan jujur lelaki itu perlu mampu menjaga dan menyara kami anak beranak," katanya.

Wan dan Mohd Yazli Yaacob disahkan bercerai pada Mac lalu dan pasangan itu dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Danial Luqman, 12, Danny Iskandar, 11, dan Dania Camelia, 8 tahun.


Tambah Wan, dia tidak menafikan ada didekati oleh beberapa lelaki namun mengakui hatinya masih belum terbuka untuk mendirikan rumah tangga.

"Fokus saya sekarang hanyalah pada kerjaya dan tanggungjawab saya untuk membesarkan anak-anak. Saya selesa sendiri. Memang ada yang mendekati saya tetapi hati masih belum terbuka," tuturnya.

Wan bagaimanapun tidak menafikan kadang-kala berasa sunyi selepas ditinggalkan suami tanpa sebarang khabar berita sejak tujuh tahun lalu.

"Bohong kalau saya katakan saya tidak sunyi tanpa teman hidup selepas tujuh tahun digantung tidak bertali namun anak-anak lebih utama dan bersyukur mereka sentiasa di samping saya," katanya.

~ Mstar

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top