Ceria Superstar musim ke-2
Adik-adik, mari tonton Ceria Superstar musim ke-2 setiap Ahad mulai 27 Oktober 2013 hanya di Astro Ceria Saluran 611 - Untuk Kita Aje!
Astro Ceria dengan berbesar hati membawakan program realiti yang berkonsepkan pertandingan tarian khusus untuk kanak-kanak iaitu Ceria Superstar yang kini kembali menceriakan hujung minggu anda untuk musim yang kedua dengan pengisian yang lebih mantap dan segar. Program Ceria Superstar Musim 2 bakal ditayangkan pada setiap hari Ahad, jam 11.30 pagi bermula 27 Oktober 2013 secara eksklusif menerusi saluran 611.
Menarik lagi, program Ceria Superstar masih mengekalkan Khairil Azam Pilus atau Aril sebagai pengacara serta Datuk Aznil Hj. Nawawi atau Pak Nil yang sekali lagi menggalas tanggungjawab sebagai penaung untuk musim yang kedua ini. Selain daripada itu, program Ceria Superstar juga akan diserikan lagi dengan kehadiran koreografi yang cukup dikenali dalam bidang tarian iaitu Belalang dan Alam Wakaka yang merupakan juri tetap untuk musim ini.
Lapan finalis tersebut merupakan peserta berkumpulan iaitu Kumpulan THE IMPOSSIBLE KREW (T.I.K.), Kumpulan ZEPPO YOUNGSTERZ CREW, Kumpulan WARISAN N9, Kumpulan NATION ONE, Kumpulan 3 ANGELS, Kumpulan DIAMONIQ, Kumpulan REBORN 6 CREW dan Kumpulan THE GLAM GIRLS.
Juara Ceria Superstar bakal membawa pulang hadiah lumayan berupa wang tunai sebanyak RM 20,000. Naib juara pula bakal memenangi RM 15,000. Manakala pemenang tempat ketiga RM 10,000 serta tempat keempat akan membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM 5,000.
Bagi merancakkan lagi kemeriahan untuk musim ini, dua buah program tambahan baru turut diperkenalkan iaitu Ceria Superstar Xtra dan Ceria Superstar Backstage yang pastinya menghiburkan para penonton dengan pengisiannya yang cukup menarik.
Bakal bersiaran selama 10 episod, program Ceria Superstar Xtra akan menyiarkan pelbagai aktiviti menarik, sesi latihan dan kisah menarik mengenai para perserta sekaligus memberi peluang kepada para penonton untuk mengenali mereka dengan lebih dekat. Menarik lagi, program ini turut menampilkan adik Wafiy sebagai hos yang telah dicungkil bakatnya menerusi program Ceria Popstar dan Ceria Superstar Musim Pertama terbitan Astro Ceria sebelum ini. Program ini boleh ditonton pada setiap hari Sabtu, jam 11.30 pagi bermula 2 November 2013.
Manakala program Ceria Superstar Backstage pula bakal bersiaran pada setiap hari Sabtu, jam 11.40 pagi bermula 2 November 2013. Program yang dihoskan oleh adik Farhanna Qismina atau lebih dikenali sebagai Sweet ini bakal memaparkan perkara yang berlaku ‘di sebalik tabir’ iaitu kejadian sewaktu sebelum, semasa dan selepas rakaman. Para penonton kini boleh menonton temubual secara santai bersama juri tetap, koreografer, penaung dan sebagainya menerusi program ini.

0 ulasan:
Catat Ulasan