Kontroversi hubungan Uqasha, PekinBiarpun banyak kali Uqasha Senrose ingatkan Pekin Ibrahim agar tak terlalu terbuka apabila bercerita mengenai kisah cinta mereka, termasuk perancangan untuk mendirikan rumah tangga, namun aktor itu tidak pernah mengendahkannya.
Permintaannya itu bukanlah kerana enggan bekerjasama ataupun cuba berahsia, sebaliknya dia bimbang apabila hubungan itu tidak berakhir seperti diharapkan, dialah yang akan menanggung akibatnya.
Ternyata, telahan pelakon filem Paku Pontianak itu tepat apabila dirinya dihentam banyak pihak selepas Pekin mendedahkan hubungannya dengan Uqasha putus. Lebih mengejutkan, dia didakwa berlaku curang dengan Sharnaaz Ahmad.
"Memang saya pernah memintanya supaya tidak terlalu terbuka mendedahkan kisah cinta kami, begitu juga perancangan untuk mendirikan rumah tangga. Namun dia berdegil. Perkara ini membabitkan keluarga dan saya tak mahu dia membelakangkan famili dalam soal ini.
"Saya tak mahu jika hajat kami tidak sampai, ada perkara berbangkit kemudian hari. Nampaknya, apa yang saya takuti berlaku juga. Sudahnya, nama saya yang buruk. Banyak pihak menyalahkan saya dan menuduh saya perempuan tak baik apabila cerita keretakan hubungan kami diketahui umum,"
Nafi ada hubungan dengan Sharnaaz
Dalam nada sebak, Uqasha berkata, dia sendiri tertanya-tanya mengapa Pekin sanggup memburukkan dirinya, sedangkan dia tidak pernah berbuat begitu terhadap insan disayanginya itu.
"Sampai hati dia menuduh saya sebegitu rupa. Tidakkah dia terfikir wanita yang dituduh bukan-bukan itu ialah orang sama yang pernah disanjung suatu ketika dulu?
"Tapi, saya takkan balas perbuatannya. Biarlah orang nak kata apa pun, saya tidak akan sesekali mendedahkan perkara yang berlaku antara kami. Biarlah saya pendam segala-galanya," katanya.
Mengenai dakwaan dirinya berlaku curang, Uqasha menafikan perkara itu sekeras-kerasnya.
"Saya tidak faham mengapa dia begitu sewenang-wenangnya menuduh saya berlaku curang? Bukan dengan Sharnaaz saja, malah dia juga mendakwa saya ada hubungan dengan beberapa lelaki lain.
"Saya sanggup bersemuka dengannya dan Sharnaaz, andai ia boleh membuatkan dirinya (Pekin) percaya, antara saya dan pelakon itu tiada ikatan cinta," tegasnya.
Cinta tiga segi hanya salah faham
Kontroversi cinta tiga segi kononnya membabitkan pelakon Pekin Ibrahim, Uqasha Senrose dan Sharnaaz Ahmad terlerai apabila bintang Bunohan itu mengaku apa yang berlaku disebabkan salah faham semata-mata.
Ketika dihubungi HIP semalam, Pekin, 32, turut memohon maaf atas segala kekeliruan yang timbul.
"Saya sudah berjumpa dengan Sharnaaz, semalam (kelmarin), dan dia menjelaskan segala-galanya kepada saya. Antara dia dengan Uqasha memang tiada hubungan. Saya yang keliru kerana menyangka mereka bercinta, sedangkan kedua-duanya hanya berlakon bersama.
"Keakraban dua pelakon itu juga bersebab kerana mereka sebenarnya berpakat untuk mengadakan kejutan sempena hari ulang tahun saya. Selepas penjelasan itu, barulah saya tahu situasi sebenar," terang Pekin.
Tidak menganggap apa yang berlaku seperti nasi sudah menjadi bubur, Pekin berkata, hubungan mereka kembali terjalin seperti biasa.
"Saya tahu, ekoran silap faham itu membuatkan banyak hati terluka. Saya silap apabila bertindak melulu. Apatah lagi apabila perkara yang sepatutnya tidak didedah (off record) disiarkan, lagilah perkara ini menjadi kecoh.
"Selepas bertemu Sharnaaz dan mendengar penjelasannya, serta menghubungi sendiri Uqasha, saya anggap kontroversi ini sudah selesai. Kami sudah berbaik seperti biasa," katanya.
Jiwa kacau
Jelas Pekin, ketika terlanjur mendedahkan perkara itu kepada media, emosinya ketika itu tidak begitu stabil.
"Selepas berlaku pertengkaran kecil bersama Uqasha, keesokan harinya saya ditemu bual media yang bertanyakan mengenai persiapan perkahwinan kami. Lantas, dalam keadaan tertekan dan jiwa yang masih kacau, saya bercerita perkara yang tidak sepatutnya," ujarnya.
Ditanya apakah dia tetap akan hadir pada majlis ulang tahunnya yang sudah dirancang awal itu, Pekin berkata, besar kemungkinan dia tidak dapat bersama-sama pada keraian berkenaan.
"Rasanya, saya tidak dapat hadir kerana saya terbabit dengan penggambaran pada hari itu," kata pelakon dari Kota Bharu, Kelantan ini.
Kelmarin, dunia hiburan dikejutkan dengan pendedahan pelakon ini kononnya hubungan dengan Uqasha berakhir selepas mengetahui kekasihnya bermain kayu tiga dengan Sharnaaz, yang kemudian tampil membuat penafian berhubung perkara itu. ~ BH

0 ulasan:
Catat Ulasan