Laporan kematian Cory Monteith: Gabungan heroin dan alkohol

Laporan kematian bintang Glee, Cory Monteith yang ditemui di bilik hotel penginapannya,Pacific Rim Hotel telah dikeluarkan.

Menurut hasil bedah siasat, Cory meninggal dunia kerana gabungan toksin yang berpunca dari alkohol berlebihan dan heroin yang disuntik dalam badan pada malam kematian.

Pembersih bilik hotel telah memberitahu menemui 2 gelas dan botol alkohol dan satu jarum suntikan yang mempunyai sisa baki dadah.

Ia bukan kes bunuh diri seperti dakwaan sesetengah pihak ekoran masalah percintaan dengan teman wanitanya, Lea Michele yang juga bintang Glee.

Ia adalah sesuatu yang tidak disengajakan. Cory dikatakan mempunyai tahap toleran yang rendah kepada penyalahgunaan dadah kerana telah beberapa kali cuba berhenti daripada masalah ketagihannya di pusat pemulihan.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top