Sinopsis Sebelum Kiamat
Sebelum Kiamat mengisahkan Radi yang masih bersekolah rendah dan dibesarkan oleh bapanya, Osman. Osman menceraikan isterinya ketika Radi masih kecil. Sejak kecil, Radi sudah dididik hidup berdikari.
Dia tidak tahu sama ada ibunya masih hidup atau sudah mati kerana setiap setiap kali dia bertanya mengenai ibunya, Osman akan memarahinya dan mengamuk seperti orang hilang akal. Osman sering mengulangi kata-kata, "Kalau kau nak jumpa ibu kau, tunggulah hari kiamat!". Jawapan itu seperti telah menjadi satu momokan dalam hidup Radi. Lalu, dia mula mengumpulkan cerita dan apa saja bahan rujukan mengenai kiamat.
Osman meninggal dunia akibat serangan jantung. Berbekalkan wang simpanan yang ada, Radi nekad ke Kuala Lumpur untuk mencari ibunya. Dia bertekad meninggalkan kehidupannya yang dirundung sepi itu dan ingin hidup merantau sambil mencari tanda kiamat kerana dia amat merindui ibunya.
Maka bermulalah perjalanan Radi mencari tanda hari kiamat. Tiba di bandar, dia mencari masjid kerana teringat pesanan Ustaz Hakimi yang perah memberitahunya, jika berkelana dan tiada tempat berlindung, maka pergilah ke rumah Allah. Di masjid pertama Radi singgah, dia dihalau penjaga masjid. Penjaga masjid itu terkejut apabila Radi menjabat tangannya dan mengucapkan terima kasih kerana menunjukkan kepadanya tanda hari kiamat.
Apakah kesudahan kisah Radi? Saksikan Naim Daniel, Zamarul Hisham, Sherlie Merlis, Soffi Jikan dan Noorkhiriah dalam calon telefilem Anugerah Skrin, Sebelum Kiamat pada Khamis ini (24 Oktober 2013) jam 10 malam di TV3.

0 ulasan:
Catat Ulasan