Sinopsis Hantu Tok Mudim

Hantu Tok Mudi mengisahkan Tok Mudim terhebat di Kampung Seri Menawan. Pun begitu, kehebatan beliau tercalar kerana penangan cinta tiga segi antara pembantunya, Lebai Kulup, Salmah (dara pujaan) dan Borhan (anak manja Tok Penghulu Abohrudin) yang mempunyai rahsia peribadi.

Bahkan, demi cintanya Borhan membuat keputusan mahu berdepan dengan fobia lampaunya bertemu dengan Tok Mudim dengan ditemani bapanya untuk operasi rahsia mereka.

Bagaimanapun, Lebai Kulup yang selama ini tidak berpuas hati dengan Borhan mencuri dengar perbincangan rahsia itu dan merancang untuk mensabotaj operasi malam berkenaan.

Malam dinantikan tiba dan kehebatan Tok Mudim teruji dengan tingkah laku luar biasa Borhan. Justeru, kegagalan operasi malam itu mengakibatkan Tok Mudim menjadi buruan penduduk Kampung Seri Menawan.

Tok Mudim melarikan diri ke dalam hutan sehingga menyebabkan dia jatuh ke dalam perigi. Apakah yang berlaku kepada Tok Mudim? Apakah dia masih hidup atau sebaliknya?

Oleh itu, bermulalah tragedi ngeri yang menghantui penduduk Kampung Seri Menawan apabila hantu Tok Mudim tiba-tiba muncul untuk membalas dendam. Apakah sebenarnya yang berlaku.

Filem komedi seram Hantu Tok Mudim akan menemui penonton di pawagam seluruh negara pada 21 November 2013.

Pengarahnya Waan Hafiz Wan Husain .

Hantu Tok Mudim dibarisi pelakon seperti Izzue Islam sebagai Borhan/ Wuwu, Soffi Jikan (Lebai Kulop), Adrea Abdullah (Salmah/Wiwi), A R Badul (Tok Penghulu Abohrudin) dan Harun Salim Bachik.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top