Didie Alias ada niat untuk berhijab

Rancangan Televisyen Malaysia (RTM) menyediakan sebuah telefilem berjudul 'Designer DD Naik Haji' sempena sambutan Hari Raya Haji untuk tontonan umum. Satu perkara menarik tentang telefilem ini ialah, Didie Alias terpilih sebagai teraju utama. Bukan bakat lakonannya diraguinya, tetapi imej seksi pelakon ini dirasakan tidak sesuai dengan watak yang dijayakan.

“Saya dah agak akan diajukan soalan sebegini kerana melakonkan watak ke arah kebaikan. Sememangnya niat itu ada dalam hati. malah keempat-empat anak perempuan saya memang berhijab,” ulas Didie ketika diminta mengulas tentang penampilannya di dalam telefilem itu.

Designer DD Naik Haji

Artis yang mendapat jolokan Lady Gaga Malaysia itu bersyukur kerana suami serta anak-anaknya begitu memahami kerjayanya dan tidak mempunyai masalah dengan penampilannya ketika beraksi di pentas. Mereka memahami kerjayanya sebagai pelawak dan pelakon serta sentiasa menyokong perjalanan kerjayanya.

Tambah Didie lagi, biarpun ada keinginan untuk berhijab, namun dia beranggapan setiap keinginan perlu disertakan dengan keikhlasan. Selain itu, Didie turut berkongsi yang dia mengurangkan aktiviti seninya untuk beberapa minggu ini bagi memantau anaknya yang sedang menduduki Peperiksaan Menengah Rendah (PMR).

"Sambil bekerja saya turut berfikir mengenai anak-anak yang sedang menduduki peperiksaan. Malah, tidak lama lagi seorang lagi anak saya pula bakal menduduki Sijil Pelajaran Malaysia,"

 ~ Gua

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top