Kebenaran berita pelakon yang terkenal dengan watak Mr. Bean iaitu Rowan Atkinson sudah memeluk agama Islam, masih belum dapat dipastikan.

Semalam, dua media sosial, sadabladi.com dan israellycool.com melaporkan Atkinson memeluk Islam selepas dia menonton filem Innocence of Muslims.

Bagaimanapun, hari ini israellycool.com menafikan laporan tersebut.


Beberapa media utara Barat seperti Time, The New York Times dan Washington Post juga tidak melaporkan berita mengenai Atkinson memeluk Islam.

Semalam, dunia digemparkan dengan berita kononnya pelakon terkenal itu memeluk Islam pada 1 Oktober lalu sehingga menjadi topik utama di laman-laman sosial.

Bagaimanapun, sehingga kini media-media di United Kingdom masih belum menyiarkan khabar angin itu, biarpun media Arab heboh mengenainya.

Mungkin ada pihak yang sengaja mereka-reka cerita....

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top