Sinopsis Designer DD Naik Haji
DESIGNER DD seorang pereka fesyen terkenal baharu sahaja melunaskan zakat perniagaan .Namun niat dan tujuan asalnya menyimpang iaitu untuk bermegah-megah dan menikmati ‘penjimatan kadar’ daripada bayaran zakat berbanding cukai pemerintah.
Sebaik sahaja keluar dari Pusat Zakat, dia dihulurkan sekeping flyers pakej Haji dan Umrah dari seorang ustaz muda – USTAZ KHAIRI yang sedang mempromosikan pakej ke Tanah Suci syarikat miliknya di situ.
Keesokkan hari, rumahnya dirompak. DESIGNER DD mendapati uncang berisi barang kemas yang diletak di atas meja solek telah tiada. Nasib menyebelahinya – uncang berisi barang kemas selamat malah berada di dalam tong sampah bersebelahan meja solek setelah dibuang oleh pembantu rumahnya – NENG yang disangka sampah biasa. Insiden rompakan telah membawa HIDAYAH kepada dirinya lalu mengingatkannya kepada flyers pakej Haji dan Umrah dari USTAZ KHAIRI semalam. Timbul keinginan untuk menunaikan fardu Haji namun hambatan adalah dirinya yang dangkal pengetahuan dan amalan agama.Beberapa insiden melucukan sepanjang proses DESIGNER DD mempelajari agama dan mencari maksud ikhlas. Tambah dia merahsiakan hasrat untuk ke Mekah dari anak-anaknya ADAM dan ZARA , pembantu peribadinya FERRY melainkan kepada NENG.
Mereka mula merasa curiga sedari beberapa perubahan kecil yang berlaku ke atas DESIGNER DD. Antaranya sering menghilangkan diri di butik/ mengelak menghadiri majlis kerana menghadiri kursus Haji bimbingan USTAZ KHAIRI atau curi-curi solat (bimbang timbul perasaan riyak dalam diri). Dari hubungan client Haji yang ingin mengubah diri – timbul perasaan cinta dan saling memerlukan di antara DESIGNER DD dan USTAZ KHAIRI.
HUbungannya ditentang hebat oleh anak lelakinya ADAM dan apakah kesudahan telemovie ini?sama-sama kita saksikan "Designer DD Naik Haji" pada hari raya Aidiladha ini
Pelakon utama: Didie Alias
Visit:
http://www.liriklagumuzika.com

0 ulasan:
Catat Ulasan