Aeril Zafrel menegaskan kenyataannya selama ini yang menggunakan agama bukan untuk dilihat seperti ‘budak baik’ semata-mata untuk menyembunyikan isu perkahwinan rahsianya dengan aktres Wawa Zainal.
Katanya menjadi perkara normal untuk dia menyelitkan unsur-unsur keagamaan dalam kehidupan seharian dan berharap tiada pihak yang salah sangka.
"Saya tidak pernah menggunakan agama atau ayat suci al-Quran untuk mempertahankan diri dalam satu-satu hal. Bagaimanapun menjadi perkara normal untuk mengaitkan hal agama dalam perbualan kita.Kadang-kadang apabila berborak dengan kawan-kawan pun saya bercakap mengaitkan agama," tegasnya.
Aeril mendakwa kontroversi berkenaan merupakan satu strategi yang dilakukan pihak-pihak tertentu untuk menjatuhkannya namun dia enggan mendedahkan siapakah individu berkenaan.
"Perkara ini timbul kerana ia adalah satu strategi untuk menjatuhkan saya dan sekarang ini saya ada hak untuk berdiam diri. Perkara ini impaknya besar kerana ia menjatuhkan maruah saya.
"Tiada istilah saya mahu lari daripada semua. Kata Imam Syafie; Berkatalah apabila kamu yakin dan jika kamu ragu-ragu maka kau berdiamlah.
"Biarlah saya bersedia sepenuhnya untuk menjawab segala persoalan dengan tenang pada Jumaat ini," tuturnya.
Ditanya adakah sesebuah perkahwinan itu terlalu peribadi untuk disahkan Aeril berkata, Tuhan mahu menguji imannya sama ada dia seorang yang reda ataupun pemarah.

0 ulasan:
Catat Ulasan