Raja Azmi sudah mula edar kad jemputan kahwin yang bakal berlangsung pada 13 Oktober 2013

Kad jemputan berwarna merah hati itu diedarkan bersama tunangnya Mohd Eddie Ghazali, 45 kepada hampir 1, 000 jemputan

Raja Azmi dan Eddie bertunang pada 15 Julai lalu setelah saling mengenali pada awal tahun ini.

Majlis pernikahan bakal berlangsung di Laman Santai, Istana Budaya di sini pada pukul 9 malam hari tersebut, diikuti acara membatalkan air sembahyang dan persembahan serta tarian.

Antara artis yang sudah mengesahkan bakal membuat persembahan istimewa pada acara tersebut ialah Rahim Maarof dan Aris Ariwatan.

"Buat masa ini persiapan sudah hampir siap. Memandangkan kami hanya akan melangsungkan satu majlis sahaja, jadi tumpuan saya dan Eddie tidak terlalu terganggu," katanya.

Selain media, turut diundang ialah rakan artis, serta sanak-saudara terdekat kedua-dua belah pihak.


0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top