Kereta mewah Hanez Suraya hasil berlakon

Dalam perjalanan kariernya selama 10 tahun dalam industri hiburan, Hanez Suraya merasai wujud perubahan dalam hidup berbanding awal pembabitannya.

Hanez kini sudah merasai imbuhan hasil titik peluh dan kerja kerasnya sebelum ini dengan hasil pendapatan yang agak lumayan setiap bulan.

Kesenangan yang dimiliki itu secara tak langsung menimbulkan rasa kurang senang sesetengah pihak yang berpendapat kononnya dia mencari jalan pintas untuk meraih pendapatan.

Sehingga ada dakwaan kononnya dia ditaja seseorang sehingga memiliki kereta hebat dengan gaya hidup yang mewah.

“Hanez tahu ada segelintir pihak yang tak suka dengan kesenangan yang kita ada. Dengki mendengki di kalangan masyarakat kita ini bukan satu perkara baru.

“Jadi apabila ada orang buat cerita salah tentang Hanez, Hanez memang marah. Sebab mereka tak tahu macam mana susahnya Hanez nak bertapak dalam industri ini.

“Hanez bekerja siang dan malam untuk dapat apa yang Hanez impian. Sakit perit macam mana pun Hanez kena gagah sebab Hanez tahu semua ini sebab kerja.

“Sekarang ini Hanez pun dah naik letih bila kesenangan yang kita jadi bahan cerita orang. Cerita taja menaja ini Hanez malas nak layan. Cuma Hanez cabar orang yang kata Hanez ditaja itu untuk buktikan dakwaannya.

“Hanez tak takut sebab Hanez berada di jalan yang benar," katanya lagi.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top