Diana Amir selamat bernikah
Diana Amir, 27 dan pasangannya Mohd Habib Bullah A Rahman, 26, di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya.

Tepat jam 9.30 malam dengan sekali lafaz, pelakon 7 Petala Cinta ini sah menjadi isteri kepada Habib, yang juga pensyarah di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Merbok.

Pasangan ini dinikahkan Imam Besar Masjid, Hazaruddin Baharuddin.

Pengantin perempuan manis mengenakan busana merah jambu dan putih manakala Habib pula tampan dengan baju Melayu putih tajaan khas pereka terkenal, Ezuwan Ismail.

Tanpa wang dan dulang hantaran, Diana menerima senaskhah al-Quran, sebentuk cincin dan mas kahwin bernilai RM1,000.
Pernikahan Diana Amir

Majlis yang diuruskan oleh Tetta Juta Event telah dihadiri oleh 300 orang tetamu iaitu terdiri daripada kalangan media, rakan artis, sahabat dan juga keluarga kedua belah pihak.

Selain keluarga kedua belah pihak, majlis turut dihadiri oleh David Teo dan isteri serta rakan artis seperti Irma Hasmie, Yatt Hamzah, Heliza Helmi, Adam Corrie dan Anita Baharom.

Pasangan belum memutuskan sama ada akan mengadakan majlis resepsi atau tidak dan bakal mengumumkannya di kemudian hari.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top