Robert Pattinson semakin berisi

Selepas kejayaan filem Twilight, Robert Pattinson lekat dengan panggilan nama puntianak yang kacak. Namun dia kini seperti ingin mengubah gelaran dan imejnya itu.

Menurut laporan Dailymail, bekas kekasih Kristen Stewart itu muncul di kawasan Hollywood pada Rabu lalu berimej kusut masai dengan penampilan berjambang dan bermisai.

fat Robert Pattinson

Bukan itu sahaja, Robert juga kelihatan berisi dan gemuk sehinggakan ia mengelirukan paparazzi yang ingin memastikan sama ada ia adalah aktor tersebut atau bukan.

Sebelum ini Robert pernah berkata ingin mengubah imej watak Edward Cullen dalam dirinya dan ingin dilihat berbeza di depan kekasih baharunya, Dylan Penn.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top