Madonna mengejutkan ramai pihak apabila dilaporkan sedang mempelajari serta mendalami al-Quran.

Madonna yang sebelum ini difahamkan menganut kepercayaan Kabbalah dikatakan telah mula mendekati Islam kerana kekasihnya, Brahim Zaibat,28.

Brahim berasal daripada Perancis merupakan penari Madonna dan mereka mula bersama sejak 2012. Dia yang berdarah kacukan Morrocco di sebelah bapanya dikatakan telah bergaduh dengan ikon muzik pop tersohor itu hingga menimbulkan keinginan buat Madonna untuk mempelajari lebih mendalam isi kandungan Al-Quran.

“Saya kini sedang dalam proses membina sekolah untuk kanak-kanak perempuan beragama Islam di sebuah negara Islam dan sedang mempelajari Al-Quran.

“Saya rasakan penting untuk saya mendalami dan memahami isi kandungan kitab suci tersebut. Seorang teman bernama Yaman seringkali berkata kepada saya bahawa seorang Muslim yang baik adalah Yahudi yang baik dan seorang Yahudi yang baik adalah penganut Kristian yang baik. Begitulah seterusnya.Saya amat bersetuju dengan kenyataanya itu,” ucap Madonna dalam kenyataannya walaupun sedar pendiriannya kali ini lain dari yang lain.

Madonna yang kini berusia 55 tahun itu telah lahir dan dibesarkan dalam keluarga yang menganuti agama Roman Katolik dan semenjak 17 tahun lalu dia telah mula mengenali kepercayaan Kabbalah dan telah menganuti sejak 1996 lagi.

Penyanyi lagu hits Like A Prayer ini juga dilaporkan seorang pengikut Kabbalah yang ekstrim sehingga pernah mencampurkan air jus oren anaknya dengan air suci daripada kepercayaan Kabbalah untuk diminum mereka selain mengamalkan memakai serba putih kerana dikatakan mampu menarik tenaga positif dalam kehidupan seharian.

Terbaru sekali ketika ditemubual oleh majalah Harper’s Bazaar, Madonna berkata bahawa ramai orang takut mengenainya. “Ia telah membuatkan ramai orang marah bila mengetahui saya mendalami Al-Quran.

Disebabkan ini saya tertanya-tanya pada diri sendiri, adakah percubaan untuk berhubung dengan tuhan boleh dikira sangat berani? Mungkin juga,”ucapnya.

Dia turut menambah bahawa dia seorang yang mempercayai perlakuan ritual dan sebelum ini dia tidak sekadar mempercayai suruhan semata. Ya, saya suka provokasi ia merupakan cara saya. Tetapi bila perkara seperti ini berulang kali berlaku, pasti ada sebabnya mengapa ia berlaku,”tambahnya lagi. - Dailymail UK

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top