Anding tolak adegan ranjang, tak suka selfie

Kurang publisiti menyebabkan Anding Indrawani disangka sudah melupakan bidang seni. Sebaliknya, pelakon dan penyanyi ini lebih selesa merendah diri dan tidak terlalu menonjol.

Jarang muncul di kaca televisyen bukan kerana tidak mendapat tawaran daripada mana-mana produksi. Sebaliknya, Anding `tenggelam' kerana watak dilakonkan sekadar sampingan, manakala drama dibintangi kurang memberi impak.

Tidak berkecil hati apabila ada yang melabelnya pelakon `suam-suam kuku', Anding selesa menjalani kehidupan tanpa kontroversi.


Takut terjebak dalam cerita sensasi, Anding sanggup menolak tawaran membintangi sebuah filem walaupun mengakui ia mampu menaikkan namanya. Semuanya kerana Anding perlu melakonkan babak ranjang dalam filem berkenaan.

Dia tidak sanggup melakukan adegan itu demi menjaga hati ibu bapa.

"Saya tidak memilih watak dan menerima apa saja tawaran yang datang. Bagaimanapun, jika membabitkan babak ranjang, saya terpaksa tolak walaupun saya tahu adegan itu akan menaikkan nama saya.

"Biarlah orang tidak kenal sekalipun, tetapi saya tidak mahu melukakan hati ibu bapa. Lagi pun, bapa saya kurang sihat dan menghidap penyakit Parkinson. Kalau beliau tengok saya melakonkan babak sedemikian, mungkin ia akan menjejaskan lagi kesihatan beliau," katanya.

Tak suka selfie

Memiliki susuk tubuh yang kental dan menarik bukanlah aset untuk dirinya dipergunakan.

Malah, pelakon dan penyanyi berusia 30 tahun ini tidak selesa menunjukkan susuk tubuh kepada khalayak.

Pernah muncul dalam program Sesat yang memperlihatkan dirinya hanya bersinglet, ia bukan kehendaknya, sebaliknya permintaan penerbit.

"Saya tak suka mendedahkan tubuh kepada khalayak kecuali di gimnasium. Itu pun, tidaklah terlalu menonjol dan sekadar berkongsi penjagaan kesihatan dengan peminat. Saya seronok apabila ada yang menjadikan saya idola dalam aspek penjagaan kesihatan, selain meminta tip.

"Saya bukan jenis obses dengan tubuh sendiri sehingga setiap masa hendak selfie. Dulu saya seorang jurulatih kecergasan, tetapi sudah berhenti kerana sibuk dengan penggambaran program travelog Klik-Klik," katanya yang akan menjelajah ke benua Eropah dan Afrika awal tahun depan untuk program itu.

Tidak pernah melupakan bidang seni suara, bekas bintang Akademi Fantasia (AF) ini yang ditemui pada majlis pelancaran drama online ketiga portal Tonton, Dan Calonnya Adalah... di Bandar Utama, Petaling Jaya, baru-baru ini, masih aktif menyanyi dan sering mendapat undangan.

Walaupun tidak memiliki single dan tidak sehebat rakan seperjuangan yang lain, Anding bersyukur kerana bakatnya masih mendapat perhatian.

"Bukan sekadar menyanyi, saya juga berminat dalam pementasan muzikal. Kalau ada tawaran, saya pasti akan terima. Menyanyi masih lagi menjadi minat saya, cuma tidak ada produk.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top