Karl Shafek masih tahu batasan agama

"Kalau ambil gambar berpeluk atau sentuh saya tahulah tentu akan jadi masalah tapi yang ini saya hanya bergambar bersebelahan dengan anjing itu saja," jelas pelakon dan pengacara, Karl Shafek berhubung kontroversi gambarnya bersama seekor anjing di tepi pantai yang dimuat naik di akaun Instagram miliknya, Sabtu lalu.

Berikutan itu, gambar yang dirakamkan Karl ketika mengunjungi Pantai Padang Padang, Bali Indonesia itu mencetuskan reaksi bercampur-baur dan perdebatan dalam kalangan peminat yang kurang senang dengan tindakan selebriti itu.

Karl atau nama sebenarnya Khairul Shafek Ibrahim, 34, berkata, gambar itu diambil kerana nalurinya yang menyukai binatang termasuklah anjing.

"Tapi sudah tentu saya tahu batasnya. Cuma kebetulan ketika saya melawat pantai itu dan ternampak anjing yang comel berkenaan, jadi saya ambil keputusan untuk bergambar.

"Saya tak sentuh pun, malah saya bergambar agak jauh dari anjing itu kalau dilihat daripada sudut satu lagi.

"Saya tak terkejut pun bila timbul isu sebab masing-masing ada pendapat dan mungkin ada yang anggap ia sensitif tapi sebagai Muslim, saya tahu batasnya," katanya ketika dihubungi, semalam.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top