Sinopsis Teater Bidasari
Teater Bidasari merupakan kisah yang diadaptasi daripada cerita Melayu Klasik. Bidasari yang cantik jelita dan kaya budi bahasa adalah anak angkat kepada saudagar Amir Abdullah.
Bidasari dijumpai sewaktu kecilnya di sebuah sampan dengan kembarnya seekor ikan. Sementara itu di negeri Zamin Ambar yang diperintah oleh Sultan dan isteri barunya Permaisuri Laila Sari. Sultan mempunyai putera iaitu Tengku Indra.
Kecantikan Bidasari telah sampai ke pengetahuan Permaisuri Laila Sari dan menyebabkan kemarahan dan cemburu kerana dia tidak suka ada orang lain lebih cantik daripadanya. Permaisuri kemudian memanggil Bidasari untuk bersemayam di istana dan menggunakan pelbagai cara untuk menyeksa Bidasari supaya tidak lagi cantik.
Apakah nasib Bidasari seterusnya? Sama-samalah saksikan kesudahannya.
Watak Permaisuri dilakonkan Raja Azura, manakala Sultan di Negeri Zamin Ambar pula dibawa Jalaluddin.
Watak Bidasari pula dilakonkan Fathia, manakala Tengku Indra iaitu anak kepada Permaisuri dan Sultan, dipegang Aiman Hakim.
Turut membintangi Bidasari ialah Abby Yus dan Radhi Khalid bersama 60 pelakon tambahan. Teater itu diarahkan Lokman Ghani, manakala pengarah artistik, Irwan Ismadi Shahrin.
Teater dua jam itu akan dipentaskan pada 10 hingga 17 Februari depan sempena cuti sekolah. Tiket dijual berharga antara RM30 hingga RM250, selain pembelian awal dengan diskaun 20 peratus, RM20 (pelajar) dan 10 peratus untuk orang kelainan upaya (OKU) dan warga emas.
Maklumat lanjut berhubung pembelian tiket boleh layari www.redtix.airasia.com.
---------------------------------------
Hingga kini, cerita dongeng Snow White menjadi kisah menarik untuk diceritakan kepada kanak-kanak. Melihat jalan cerita yang ringan, kisah Snow White dipertontonkan kembali di pentas Istana Budaya dengan menggabungkan konsep drama Melayu klasik daripada cerita asal Bidasari.
Teater Bidasari dipentaskan dengan menyasarkan kanak-kanak. Karya ini boleh dijadikan tontonan keluarga terutama untuk generasi baru selepas teater kanak-kanak sudah lama tidak dipentaskan di IB.
Ketua Pengarah IB, Datuk Muhamed Juhari Shaarani, berkata teater Bidasari adalah teater klasik campuran moden yang sesuai untuk tontonan keluarga.
"Teater ini menarik untuk kanakkanak kerana turut menyelitkan unsur pengajaran hidup supaya tidak bergelumang dengan rasa hasad dengki," katanya.
Projek `Pelan B'
Mengikut cerita, Bidasari sebenarnya menjadi penyelamat apabila slot pementasan yang sebelum ini diberi kepada produksi lain dibatalkan garagara menarik diri. Kes penganjur menarik diri pada saat akhir bagai sudah lali di IB.
Berikutan itu, IB menggerakkan `pelan B' dengan membawa Bidasari, sempena cuti sekolah, Februari ini.
"Isu teater tarik diri pernah berlaku. Jadi, apabila tahun ini kita mengalami masalah sama, kita tak bimbang kerana dapat mencari pengganti," katanya.
Bidasari mengisahkan seorang anak angkat saudagar Amir Abdullah yang diberi nama Bidasari. Gadis ini sangat cantik dan berkembar dengan seekor ikan. Jika kembarnya si ikan tidak berjumpa air, maka Bidasari boleh menghadapi kematian.
Bagaimanapun, pada masa sama, Bidasari dicemburi Permaisuri Laila Sari yang tidak suka apabila ada wanita lebih cantik daripadanya. Permaisuri Laila Sari mempunyai cermin sakti dan baginda akan tahu jika ada orang yang lebih cantik daripadanya. Permaisuri kemudian memanggil Bidasari untuk bersemayam di istana dan menggunakan pelbagai cara untuk menyeksa Bidasari supaya tidak lagi cantik.

macam sialll.!!!!fathia muke bongkak..bajet good2
BalasPadam