Erry Putra sedang menyulam cinta dengan seorang gadis misteri dan merancang untuk mengikat tali pernikahan Disember nanti.

“Erry mengenali dia melalui laman Instagram kira-kira tujuh bulan lepas. Dia rajin berinteraksi dengan saya di sana dan saya pun rajin melayannya. Saya tak mahu dedahkan siapa dia sebab saya mahu ia menjadi satu kejutan. Mulanya dia macam jual mahal sikit tapi sebenarnya bila dia sombong, lagi saya suka mengurat sebab saya memang suka cabaran,” katanya berseloroh.
       
Ujar Erry lagi, wanita misteri ini seorang yang ringkas dan tidak ‘melecehkan’; menjadikan dia calon teman hidup terbaik untuknya yang sering dihimpit kesibukan kerja.

“Ini adalah sebahagian dari resolusi tahun baru yang ingin saya capai, selain dari mahu mempelbagaikan watak yang saya lakonkan di kaca televisyen. Kalau sebelum ini saya sinonim dengan watak jahat, saya juga mahu cuba watak yang mencabar kemampuan fizikal dan mental saya seperti watak orang kurang upaya, 'psychopath' dan mungkin juga watak-watak gangster."
                     
Tambahnya, dia merasakan dirinya tidak sesuai untuk membawa watak 'control macho' yang sinonim dengan karakter hero dalam mana-mana drama sebab risau lakonannya akan menjadi kaku. “Saya seorang yang gila-gila. Jadi, kalau saya kena lakonkan watak hero, watak itu akhirnya akan jadi seorang yang skema!”

~ petikan Gua

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top