Azlee Khairi lancar produk AK Arrogant

Pelakon Azlee Khairi melancarkan produk penjagaan kulit miliknya, AK Mr Arrogant.

Tambah Azlee, ada segelintir yang menyalahgunakan media sosial dengan menggunakan identitinya dengan tujuan menjual produk mereka.

Sementara itu, Azlee turut berharap selepas pelancaran produk penjagaan kulit AK Arrogant miliknya ini, orang ramai terutamanya peminat tidak keliru dengan pelbagai produk lain yang mengunakan nama tersebut.

"Saya tidak ada jual kopi atau legging, saya hanya ada satu produk iaitu produk penjagaan kulit AK Arrogant sahaja,

"Ada juga yang guna identiti saya untuk jual macam-macam sehinggakan pengikut dia lebih ramai daripada saya," katanya.

Dalam pada itu, Azlee turut mengakui tujuan menceburkan diri dalam dunia perniagaan adalah kerana perancangan untuk kerjaya masa hadapan.

Dia mengakui persiapan yang cukup perlu dilakukan sebelum mengambil keputusan berundur daripada dunia hiburan.

"Saya tidak akan selama-lamanya jadi pelakon, kita kena berundur sebelum orang suruh kita berundur.

"Ini adalah salah satu rancangan saya untuk masa depan jika sudah tidak berada dalam bidang lakonan," katanya.

Produk AK Arrogant boleh didapati dengan harga RM186 di beberapa stokis yang dilantik.

1 ulasan:

  1. erm... Mr Arrogant dah keluarkan produk sendiri ea.. baru tahu..

    BalasPadam

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top