"Ini benda paling pelik pernah berlaku dalam hidup saya," kata penyanyi dan penulis lagu terkenal, Shila Amzah berhubung isu terbaru kononnya ibunya, Fauziah Sarman meminta pelakon baru, Aman Nassim mengenali dirinya secara lebih dekat.
Harian Metro semalam melaporkan Aman mengakui mengenali Shila sebagai teman biasa, tetapi terkejut apabila cerita dalaman itu dihidu segelintir pihak sehingga menimbulkan spekulasi.
Dalam kenyataannya, Aman turut bimbang kemungkinan cerita itu akan menimbulkan salah faham antara dirinya dengan Shila sekeluarga.
Shila atau nama sebenar Nur Shahila Amir Amzah, 24, berkata, dia keliru dan tidak tahu untuk mengulas lanjut mengenai dakwaan itu kerana belum membaca laporan berkenaan.
"Saya baru tahu mengenai perkara ini dan tak tahu nak komen macam mana. Memang selalu juga kami berkomunikasi melalui aplikasi sosial, tapi tak ada definisi rapat pun.
"Kalau saya rapat dengan seseorang, tentu saya akan beritahu, tapi Aman saya hanya kenal macam itu saja," katanya.
Sumber Harian Metro berkata, Aman atau nama sebenar Abdul Rahman Nassim, 25, diminta ibu Shila untuk mendekati penyanyi terbabit bagi mengisi kesunyiannya selepas ditimpa pelbagai kontroversi cinta sepanjang tahun lalu.
Bagaimanapun, Aman mengakui ibu penyanyi lagu Masih Aku Cinta itu memintanya lebih mengenali dan berkawan rapat dengan Shila.
Shila berkata, dakwaan yang mengaitkan dirinya dengan Aman tidak berasas kerana mereka tidak rapat seperti diperkatakan.
"Saya tak pernah bergambar dengan dia atau selalu berjumpa pun. Saya kenal dengan dia pun menerusi pelakon Azhan Rani dan kalau lepak pun kami lepak beramai-ramai.
"Nak komen lebih pun saya tak tahu sebab saya tak baca lagi (laporan)," katanya.
~ HM