Nad Zainal nafi tanggung kekasih

"Istilah menaja (kekasih) tak wujud dalam prinsip diri saya. Kita tengah bercinta, belanja pakai duit sendiri, tak perlu saya nak taja dia atau dia taja saya," kata pelakon meningkat naik, Nad Zainal berhubung dakwaan mengatakan dirinya menaja perbelanjaan harian kekasihnya yang juga pelakon, Azwan Kombos.

Nad a dituduh bertindak demikian berikutan kerjaya Azwan yang tidak menentu dan tenggelam timbul.

Nad berkata, tuduhan ditimbulkan pihak bertanggungjawab itu adalah dakwaan yang tidak logik kerana perkara itu bertentangan dengan prinsip dirinya.


"Dalam bercinta, mana ada istilah belanja atau taja-menaja sebab kami ada duit masing-masing. Kalau sekali-sekali itu adalah, tapi kalau nak kata saya taja dia, memang tak betul.

"Apa orang nampak saya ini kaya dan berduit sangat ke sampai nak taja kekasih pula? Saya nak tanggung belanja diri sendiri pun tak lepas, apa lagi nak taja orang lain.

"Saya sendiri takkan jalin hubungan dengan lelaki begitulah kalau benda itu berlaku," katanya ketika dihubungi, semalam.

Sejak semakin dikenali dalam tempoh setahun, pelakon siri Kampung Girl itu dilemparkan pelbagai gosip dan kontroversi antaranya dituduh tinggal sebumbung dengan kekasih, berlagak diva dan sombong serta dibela golongan VIP.

Bagaimanapun, Nad tampil menyangkal semua gosip dikaitkan dengan dirinya dan menganggap perkara itu lumrah bagi artis baru sepertinya.

Nad berkata, gosip mendakwanya menaja kekasih ditimbulkan pihak tertentu berdasarkan tanggapan mereka sendiri tanpa mengenali dirinya atau Azwan secara dekat.

"Orang kalau nak bercakap ini memang akan bercakap sesuka hati saja. Saya tahu orang bercakap macam itu sebab muka saya selalu keluar TV manakala Azwan pula jarang nampak.

"Padahal, orang tak tahu dia ada banyak filem dan drama yang belum ditayangkan lagi. Orang bukan tahu pun latar belakang kewangan dia tapi main cakap saja.

"Saya kasihan pada dia dan terkilan orang tak henti-henti menuduh macam-macam. Tak apalah, selagi saya boleh jelaskan saya akan bercakap sebab benda itu tak betul," katanya.

Dalam perkembangan lain, Nad berkata, desas-desus mendakwa dirinya bakal mengacarakan program MeleTop dan Melodi pada masa akan datang tidak akan berlaku kerana tidak meminati bidang pengacaraan.

"Saya tak minat dan tak boleh paksa diri untuk buat. Lebih baik, saya beri tumpuan 100 peratus pada lakonan saja," katanya yang kini sibuk di lokasi drama bersiri Tuan Rumah, Pembantu Rumah.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top