Julia Ziegler dapat semula wang setelah ditipu
"Kes sudah selesai dengan baik dan dengan itu urusan saya dengan wanita terbabit sudah berakhir," kata pelakon Julia Ziegler selepas menjadi mangsa penipuan seorang rakan kongsi wanita yang mendakwa ingin menubuhkan sebuah syarikat hartanah bersama di sekitar ibu kota, penghujung tahun lalu.
Wanita berusia 25 tahun itu menghubungi pelakon berkenaan pada malam tahun baru lalu bagi menyelesaikan perkara itu secara baik selepas terbaca kisahnya melarikan duit Julia bagi menubuhkan sebuah syarikat hartanah yang tidak wujud.
Julia berkata, tindakan pantas anggota polis melakukan siasatan selepas laporan polis dibuat di Balai Polis Gombak juga menyebabkan wanita berkenaan 'panas punggung' dan memulangkan semula RM8,833 kepadanya.
"Saya terkejut selepas menerima panggilan daripada wanita itu pada awal pagi tahun baru dan sedikit lega apabila dia menyatakan hasrat menyelesaikan masalah terbabit dengan baik dan membayar semua duit saya.
"Dalam perbualan telefon, wanita itu berkali-kali merayu dan memohon maaf serta meminta bertemu di sekitar Gombak pada petang 1 Januari lalu dan menyerahkan RM8,833 secara tunai apabila baki selebihnya sudah dijelaskan sebelum ini," katanya di sini.
Menurut Julia, dalam pertemuan jam 3 petang itu, wanita berkenaan merayu supaya dia menarik balik laporan polis kerana mendakwa tidak mahu menanggung risiko kemudian hari selepas bayaran penuh dilangsaikan.
"Saya tiada masalah dalam hal itu, asalkan dia pulangkan semula duit diambil dari saya sebelum ini bermakna segala masalah selesai. Malah saya turut menasihatkan dia supaya tidak mengulanginya lagi pada orang lain," katanya.

0 ulasan:
Catat Ulasan