"Maaf, bukan saya tak nak berkongsi namanya tapi saya bimbang kalau cerita ini keluar nanti akan membuatkan dia tertekan dalam membuat keputusan," kata penyanyi dan penulis lagu, Hafiz Hamidun berhubung desas-desus lamarannya untuk memperisterikan seorang penyanyi yang juga penceramah motivasi bebas, minggu lalu.
Hafiz berkata, dia tidak dapat mendedahkan identiti penyanyi kelahiran sebuah program realiti berkenaan kerana dia belum mendapat sebarang jawapan berhubung hasratnya itu.
"Saya akui ada menyuarakan hasrat kepada dia minggu lalu iaitu pada 30 Disember. Saya tanya bila dia lapang sebab saya nak masuk meminang, tapi tak tahulah apa reaksinya sebab sampai sekarang dia macam mengelak daripada memberi jawapan.
"Sebab itu saya tak nak dedahkan nama dia dulu sebab takut nanti dia bertambah tertekan pula apabila cerita ini tersebar. Mungkin dia segan atau mungkin sedang buat penilaian, saya cuma harap yang terbaik," katanya, semalam.
Difahamkan, penyanyi yang mencipta fenomena dengan penjualan album kerohanian terlaris tahun lalu, Zikir Terapi sudah bersedia menamatkan zaman bujang dan berhasrat memperisterikan penyanyi bertudung itu yang dikenali sejak 2008.
Desas-desus mengatakan Hafiz bakal berkahwin pada tahun ini makin rancak diperkatakan kebelakangan ini sekali gus mengaitkan cerita itu dengan penyanyi wanita terbabit.
Hafiz juga dikatakan sudah menyampaikan hasrat melamar penyanyi itu menerusi seorang penceramah wanita terkenal namun tidak berani membuat sebarang pengesahan mengenai perkara itu kerana belum menerima jawapan daripada penyanyi itu.
Hafiz berkata, dia hanya mengharapkan respon positif daripada kesungguhan dan keikhlasannya untuk menyunting penyanyi itu.
"Sebagai lelaki, saya sudah jalankan bahagian saya. Ini perkara serius dan daripada pihak saya memang sedia sepenuhnya. Tapi saya tak berani nak canang lebih sebab apa-apa pun kena tunggu pihak dia juga," katanya. ~HM

0 ulasan:
Catat Ulasan