Maharaja Lawak Mega 2013: Jambu akui tertekan
Kumpulan Jambu yang dianggotai oleh Tauke dan Yus merupakan antara peserta yang menjadi tumpuan ramai dalam pertandingan Maharaja Lawak Mega.
Mereka sentiasa berada dalam senarai tiga teratas yang selalu mendapat markah undian SMS (khidmat pesanan ringkas) pada pertandingan lawak jenaka anjuran Astro Warna.
Sungguhpun kini sedang bersaing dalam Maharaja Lawak Mega yang memasuki minggu ketujuh tetapi Jambu turut banyak mendapat tawaran berlawak di tempat lain.
Justeru menurut Tauke atau nama sebenarnya Zamatul Amir, dia dan Yus sentiasa pening kepala apabila memikirkan bahan-bahan lawak yang akan mereka persembahkan setiap minggu.
"Beza antara penyanyi dan pelawak ialah penyanyi menyanyikan lagu-lagu yang sama pada persembahan mereka. Para penonton tidak kisah kerana ia boleh dihayati berulang-ulang kali.
"Tetapi bagi pelawak seperti kami berlawak dengan menggunakan bahan-bahan cerita lawak yang sama, para peminat tentunya akan berasa bosan kerana mereka sudah tahu.
"Itulah cabarannya yang mana kami lebih tertekan semasa bertanding dalam Maharaja Lawak Mega pada setiap minggu. Kami perlu mencari idea lawak baharu dan bersaing dengan peserta lain.
"Kalau buat persembahan luar tekanannya agak kurang kerana idea-idea yang dihasilkan bebas dan ia biasanya keluar secara spontan," katanya kepada Hits semasa ditemui baru-baru ini.
Selain Jambu, kumpulan ini turut bersaing dengan peserta lain seperti Sepahtu, Nabil, Comey, SYJ dan ramai lagi peserta dalam pertandingan yang menawarkan hadiah RM980,000 itu.
Sementara itu, Yus atau nama sebenarnya Yusri Edoo pula berkata, selain gigih memerah idea baharu untuk dipersembahkan mereka juga selalu mengambil risiko sewaktu berlawak.
Dia merupakan antara pelawak yang berani cuba mempersembahkan gaya lawak yang berbeza di mana adakalanya kurang mendapat sambutan daripada para penonton.
"Kami cuba mempelbagaikan gaya lawak kami dengan cara tersendiri di mana ada masanya para peminat seperti tidak dapat menangkap stail lawak yang kami persembahkan.
"Itu adalah risikonya tetapi kalau lawak kami itu menjadi, maka kami berjayalah membuat pembaharuan supaya ia berbeza dengan persembahan pelawak lain," komennya.
Maharaja Lawak Mega 2013 disiarkan secara langsung di saluran Astro Warna dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam pada setiap Jumaat pukul 10 hingga 12 malam.

0 ulasan:
Catat Ulasan