Datuk Siti Nurhaliza menanam azam memperbanyakkan lagi kerja amal di bawah yayasan Nurjiwa kelolaan beliau dan suaminya, Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa.
Menurut Siti, beliau berharap dapat melakukan kebajikan dan dapat mematangkan dirinya.
Malah, sempena usianya yang bakal mencecah 35 tahun pada 11 Januari ini beliau mengharapkan kehidupan yang lebih baik.
“Saya akan mula melakukan banyak kerja amal pada tahun ini. Maklumlah melakukan aktiviti amal, tidak akan membuatkan seseorang itu ditimpa kesusahan.
“Pada hari lahir, saya akan menghadiri majlis perkahwinan anak saudara Datuk K. Jadi, saya hanya tunggu kejutan,” katanya yang turut mengharapkan semua pihak terus mendoakan kebahagiaannya dan keluarga.
Seperti tahun-tahun sebelumnya, pasti ramai peminat Siti ingin tahu apakah hadiah yang bakal diterima penyanyi kesayangan mereka ini sempena hari lahir.
Selain pernah menerima seutas jam tangan Richart Millre yang ditempah khas berharga RM200,000, Siti juga pernah menerima beg tangan jenama LV yang bernilai RM40,000 daripada suami tersayang pada ulang tahun ke-31. Malah Siti pernah menerima hadiah berupa percutian selama 10 hari di beberapa buah negara termasuk Maghribi, Marakesh dan Dubai, sempena hari lahirnya.
Bagaimanapun, tahun lalu, sambutan hari lahirnya lebih sederhana berbanding tahun-tahun sebelum ini kerana suaminya menjalani rawatan akibat kemalangan di luar negara. Meskipun hanya sekeping kad dan sejambak bunga, namun ia tetap membuatkan penyanyi ini gembira dan berkongsi momen pemberian suami tercinta itu di laman Twiter miliknya.
Beralih ke perkembangan seninya, Siti bakal mengadakan konsert amal eksklusif sebagai pembuka tirai 2014 iaitu Datuk Siti Nurhaliza Live in KLCC- Where The Heart Is yang akan berlangsung di Dewan Plenary KLCC, pada 7 dan 8 Februari ini.
Menerusi konsert itu nanti, Siti akan mendendangkan lebih 14 buah lagu hitsnya, diselang seli interaksi bersama peminatnya dan bersedia menjawab apa saja soalan yang diberikan.
Menurut Siti konsert itu, sangat istimewa, selain tujuan amal, ia juga mempunyai beberapa kejutan dan bakal menampilkan konsep mini orkestra yang pastinya memberikan kepuasan kepada peminatnya.

0 ulasan:
Catat Ulasan