Kekasih Zul Ariffin, Gayatri bersedia peluk Islam


Pelakon Zul Ariffin memberitahu kekasihnya, Gayatri Su-Lin Pillai, 38, sudah bersedia untuk memeluk agama Islam sebelum kedua-dua mereka disatukan sebagai suami-isteri.

Gayatri bagaimanapun sedang menanti lampu hijau daripadanya bilakah tarikh sesuai perkahwinan mereka akan dilangsungkan.

“Gayatri meminta saya memaklumkan kepadanya lebih awal sekiranya saya sudah bersedia untuk mengambilnya sebagai isteri agar dia boleh buat persediaan awal untuk menjadi seorang mualaf,” katanya.


Zul berkata, walaupun dia teruja membincangkan soal kahwin tetapi ada kalanya perasaan itu hilang.

Bagaimanapun tambah Zul, perasaan itu timbul bukan kerana dia tidak mencintai Gayatri tetapi dia masih risau berikutan keadaan kewangan yang belum kukuh untuk bergelar seorang suami.

"Jujur saya katakan, saya sudah bersedia untuk menggalas tanggungjawab sebagai suami dan pada masa sama membimbing Gayatri menjadi seorang wanita Muslimah. Tidak ada masalah untuk itu.

"Cuma apa yang saya bimbangkan, kerjaya sebagai pelakon, ada masanya naik dan turun. Risau dengan kedudukan kewangan sendiri selepas berumah tangga kelak. Mujurlah Gayatri faham dengan situasi saya ini," ujarnya yang masih belum mempunyai tarikh untuk pernikahan itu.

Zul mengakui bercinta dengan Gayatri yang juga Naib Presiden Astro Shaw, sejak Jun 2012 selepas mereka bekerjasama dalam penggambaran filem Penanggal.

Sementara itu, Zul bakal muncul menerusi drama Panik bersama-sama pelakon Nadia Nissa, Naomi Ivana, Dony Alamsyah dan Mike Muliardo menerusi drama Panik yang bakal disiarkan pada 20 Mac ini.

~ Mstar

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top