Ada peminat mahu melamar Jep Sepahtu sebagai teman hidup menerusi Twitter baru-baru ini.

Jep mengakui memang ada peminat-peminat yang pernah melamarnya di laman sosial tetapi ianya selepas diberitahu oleh rakan-rakannya sendiri.

“Memang ada peminat nak melamar nak berkenalan dengan saya secara peribadi menerusi laman sosial seperti Twitter dan Facebook tetapi itu semua selepas diberitahu sendiri oleh rakan-rakan rapat saya. Sebab secara jujur saya tidak pernah memiliki laman sosial seperti Twitter dan Facebook kecuali Instagram.

“Jadi apa-apa yang berlaku selalunya saya akan dimaklumkan sendiri oleh rakan-rakan seperti Shuib dan Rahim. Rasanya jika ada laman Twitter dan Facebook nama saya mungkin ianya dikendalikan oleh peminat sendiri. Instagram milik saya pun sebenarnya baru sahaja saya daftar selepas dipaksa oleh Shuib supaya saya dapat berkongsi aktiviti harian yang saya lakukan bersama para peminat,” jelas Jep panjang.


Tambah Jep lagi, pada awalnya dia sendiri agak risau apabila pelbagai Twitter dan Facebook menggunakan namanya kerana risau ianya disalah guna sehingga boleh menimbulkan kontroversi atau spekulasi jika tidak dikendali dengan betul.

“Saya pada awalnya risau jugak sebab bukan saya uruskan laman sosial tersebut tetapi setakat ini apa yang saya lihat semuanya perkara yang dikongsi semuanya positif.  Al maklumlah kadangkala kalau kita tersilap sikit nanti akan cetus pelbagai masalah atau kontroversi.

“Cuma terima kasih kepada para peminat yang sering ambil berat terhadap saya mahupun kumpulan Sepahtu. Saya sangat menghargai segala usaha anda semua untuk terus menyokong kami,” ujar Jep lagi.

Ditanya tentang teman wanita, Jep secara terus terang masih belum bersedia untuk bercinta kerana mahu fokus dengan kerjaya sebagai seorang pelawak dan anak seni yang berjaya.

“Saya masih belum besedia untuk bercinta sebab mahu fokus dengan kerjaya saya. Masih banyak lagi benda yang saya mahu buat untuk karier saya sebagai anak seni. Perkara seperti ini akan datang bila tiba waktunya,” tambahnya pendek.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top