Nora Danish enggan besarkan isu sihir

Ibu kepada aktres Fasha Sandha, Hatijah Teh Man telah mengeluarkan status agak keras menerusi akaun Facebook miliknya setelah ada pihak yang mendakwa keluarganya mempunyai kaitan dengan penggunaan ilmu sihir.

Kenyataan itu dipercayai ditujukan kepada peminat Nora Danish kerana mereka menghentam Fasha dan mengaitkan Fasha dengan ilmu sihir. Hatijah menerusi status itu juga mendakwa Nora sendiri pernah bercakap mengenai ilmu sihir dan percakapan itu seakan-akan menuduh keluarga mereka terlibat dengan perbuatan syirik itu.

"Saya enggan besarkan cerita. Saya sayang anak saya lebih daripada segala-galanya. Dia (Hatijah) merupakan nenek kepada adik Rayqal, jadi dia punya perkaitan dengan anak saya. Jadi, saya tak mahu komen sebab anak saya penting daripada perasaan saya sendiri," jelas Nora apabila diminta mengulas tentang perkara ini.

Nora berasa terkejut apabila mengetahui berita ini. Mengakui yang dia tidak mengikut perkembangan Hatijah di laman sosial, Nora mendapat tahu tentang isu ini apabila ada rakan yang memaklumkan kepadanya.


Mengulas mengenai kemungkinan segelintir orang akan memberikan tohmahan kepadanya apabila isu begini timbul, Nora hanya mengambil pendekatan mudah.

"Saya hanya boleh diamkan diri, hanya untuk anak saya walaupun saya ditohmah. Bagi saya, orang sekarang sudah bijak dan pandai menilai yang mana baik, yang mana buruk," ujar Nora.

Ketika ditanya mengenai tindakannya memuat naik foto berkenaan doa untuk dijauhkan daripada ilmu sihir di akaun Instagramnya, Nora ada penjelasan tersendiri mengenai perkara ini.

"Orang mungkin salah faham. Umum tahu, sebelum ini ada banyak berita mengenai gangguan ilmu sihir di kalangan selebriti, jadi apa salahnya dengan doa sebegitu. Saya mempunyai kelompok 'haters', begitu juga dengan Fasha. Apabila saya memuat naik gambar tersebut, 'haters' mula menjalankan tugas mereka. Jadi timbul salah faham di situ. Apapun, hubungan saya dan Fasha masih dalam keadaan baik. Tempoh hari, Fasha ada menghadirkan diri ke majlis doa selamat sempena hari lahir Rayqal," ujar Nora.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top