Awi Rafael mahu buang jauh kontroversi
Mahu mengukir lebih banyak kejayaan dalam kerjaya seni, Awi Rafael menjadikan 2014 sebagai tahun membangunkan muzik jauh daripada kontroversi.
Belajar daripada kesilapan lalu apabila dihimpit isu tatu dan percintaan dengan Hanez Suraya yang putus di tengah jalan, penyanyi dari Singapura ini nekad berubah.
Melihat penerimaan peminat terhadap muzik yang dibawa, penyanyi lagu Kalau Aku Kaya ini mahu menghasilkan lebih banyak karya yang diterima ramai, selain bekerjasama dengan penyanyi popular lain.
"Pada 2014, Awi mahu memberi lebih tumpuan kepada kerjaya seni berbanding kisah peribadi. Biarlah kontroversi membabitkan muzik Awi menjadi perhatian daripada kisah cinta. Bukan Awi menolak cinta, tetapi kalau boleh, mahu beri sepenuh tumpuan kepada perjalanan kerjaya seni.
"Tahun ini menjadi permulaan buat Awi untuk menembusi pasaran Indonesia. Apa yang berlaku tahun lalu dengan kisah yang kurang enak didengar, biarlah menjadi ikhtibar buat diri Awi dan berusaha untuk memperbaiki serta memajukan diri," katanya yang pernah dikaitkan menjalin hubungan istimewa dengan Sasha Saidin.
Duet dengan band Samsons
Bakal berkerjasama dengan Irfan Aulia daripada kumpulan Samsons untuk single terbaru selepas Kalau Aku Kaya mendapat sambutan, Awi meletakkan harapan menembusi pasaran seberang.
Masih mencari material yang sesuai, Awi mengharapkan sentuhan penulis lirik yang juga pencipta lagu popular kumpulan Samsons berjudul Kenangan Terindah, melonjakkan namanya di persada industri muzik Indonesia.
"Orang sudah faham matlamat sebenar Awi berada dalam industri muzik Malaysia. Bukan kontroversi yang Awi cari, tetapi mahu mengembangkan muzik Awi. Itu yang lebih penting untuk 2014.
"Melihat sambutan yang diterima daripada peminat terhadap karya Awi seperti lagu Pulanglah dan Bukan Aku Jatuh Cinta, membuatkan Awi bersemangat untuk menghasilkan lebih banyak karya pada masa akan datang," katanya.
Selepas muncul dengan dua album, iaitu Awi Rafael (2011) dan Asalkan Aku OK! (2012), penyanyi berusia 27 tahun ini merancang menerbitkan album ketiga tahun ini, memuatkan single, Kalau Aku Kaya serta single duet dengan Irfan.
Tidak hanya menumpukan kepada kerjaya seni, penyanyi yang juga penulis lirik ini turut menguruskan artis yang bernaung di bawah syarikatnya, Runaway Production. Artis terbabit ialah Azri AF, kumpulan Girls Republik dan Pija Mentor, selain mengendalikan perniagaan dalam talian dan petrol. ~ BH

0 ulasan:
Catat Ulasan