Facebook rasmi Shila Amzah

Akaun facebook rasmi Shila Amzah di https://www.facebook.com/ShilaAmzahOfficial

Shila Amzah kesal kewujudan akaun facebook palsu
Shila menyatakan rasa kesalnya berhubung kewujudan akaun palsu di facebook yang cukup memberi pukulan tersendiri kepadanya. Baru tahu wujud akaun itu, dia tidak sangka sehingga begitu sekali dirinya dimanipulasikan pihak tidak bertanggungjawab.

Kesan utama pastinya terhadap kepercayaan peminat kepadanya serta persepsi mereka kelak apabila segala kandungan di akaun palsu itu bukannya datang daripada dia.

Bagaimanapun, pada era media sosial lebih berkuasa kini, akses peminat terhadap maklumat sebegitu pantas saja tersebar dan natijahnya terpalit pada Shila sendiri.


Lantas, tidak mahu memanjangkan perkara itu, penyanyi Patah Seribu itu bertindak mengupah peguam bagi menyelesaikan kes berkenaan demi mengelakkan reputasinya menjadi lebih teruk.

"Geram pun ada bila mendapat tahu wujud akaun palsu yang mendakwa ia memang milik rasmi saya. Apa tidaknya, segala perkembangan terbaru saya mesti dia akan sebarkan dulu dan akaun berkenaan sentiasa dikemas-kini.

"Bagaimanapun, yang buat saya lebih terkilan apabila bukan saja perkembangan malah banyak lagi `post' tidak berkaitan dipaparkan di akaun berkenaan. Kesannya, saya yang terpalit negatif dan pastinya menggugat sedikit-sebanyak kepercayaan peminat terhadap saya.

"Disebabkan itu, atas persetujuan dengan pihak pengurusan, saya tidak mahu diam dan mengupah peguam untuk menyelesaikan kes itu mengikut prosedur sebelum menjadi-jadi," katanya.

Tindakan tegas itu juga diambil atas dasar pemilik akaun palsu berke naan nampaknya masih degil.

Meskipun sudah bercakap secara lembut dan memberi amaran kepadanya di laman itu, jelas individu berkenaan tidak 'makan saman' malah bertindak lebih drastik 'block' akaun rasmi Shila.

"Hakikatnya, dia yang buat dulu akaun itu dan pengikutnya memang sudah ratusan ribu. Memang risau kerana bukan alang-alang berita yang selalu dia kemas-kini termasuklah juga memanipulasi gambar saya memakai gaun pengantin sehingga timbul isu saya sudah berkahwin.

"Malah, dia juga nampaknya tidak segan menggunakan akaun itu berinteraksi dengan peminat. Memang menakutkan kerana benda macam itu pasti laju saja menjadi `viral'," katanya.



0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top