Laga adalah filem yang sarat pengisian dan naskhah yang cukup berat selain dibarisi pelakon berkaliber.
Atas sebab itulah bintang utamanya, Syazwan Zulkifly tidak bersetuju dengan dakwaan kononnya gosip cinta di antara dia dan pelakon dari Indonesia, Tyas Mirasih sengaja diadakan-adakan untuk melariskan filem berkenaan.
Syazwan berkata, Laga yang bakal menjengah pawagam pada 23 Januari ini tidak memerlukan gosip murahan untuk menarik perhatian penonton ke panggung.
"Apabila pelakon diberi tugas melakonkan babak sebagai pasangan kekasih, wajar untuk kami mewujudkan keserasian di supaya rasa itu sampai kepada penonton. Itulah yang saya dan Tyas cuba lakukan namun ia setakat dalam set penggambaran saja.
"Jadi, saya tertanya-tanya bagaimana gosip kami bercinta boleh timbul dan pada masa sama terkejut bila ada yang kata ini salah satu strategi melariskan Laga," katanya.
Katanya, Laga tidak memerlukan gosip murahan seperti itu untuk menarik perhatian penonton. Ini kerana naskhah Laga itu sendiri sudah cukup kuat ditambah pula kehadiran pelakon berkaliber seperti Eman Manan, Wan Hanafi Su, Nasir Bilal Khan dan Zaidi Omar yang menunjangi filem ini.
"Saya berkata demikian bukan kerana saya salah seorang daripada pelakon Laga, tetapi saya meletakkan diri sebagai penonton biasa," katanya.
Melanjutkan perbualan apabila dia dikatakan punca perpisahan Tyas dan teman lelakinya pelakon Keith Foo, Syazwan berkata, tiada apa yang perlu diperjelaskan kerana dia menganggap Tyas sebagai rakan artis tidak lebih daripada itu.
"Saya pernah bertemu Keith di set penggambaran dan kami baik-baik saja. Malah, dia tahu saya bukan individu yang menyebabkan perpisahan dia dan Tyas. Saya sendiri pun jika menjadi wanita akan memilih Keith kerana dia lebih hebat daripada saya," katanya.
Menghala perbualan pada pembabitannya di dalam filem Laga arahan Ismail Yaacob itu, cabaran paling menguji dirinya di set penggambaran apabila perlu melakonkan adegan bersilat bersama Eman Manan.
"Abang Eman pakar bersilat sedangkan saya pula langsung tiada asas dalam seni mempertahankan diri. Namun dengan tunjuk ajarnya yang langsung tidak lokek ilmu membantu saya melakukan gerakan yang betul dalam bersilat," katanya.
Tambah Syazwan lagi, dia hampir menolak tawaran membintangi filem Laga ini kerana merasakan tidak layak untuk berlakon di samping nama besar seperti Eman Manan, Nasir Bilal Khan dan Wan Hanafi Su.
Bagaimanapun akhirnya Syazwan mengubah fikirann selepas memikirkan peluang ini adalah saat yang terbaik menimba pengalaman yang mereka yang lebih berpengalaman.
"Peluang keemasan tidak mendatangi kita setiap hari dan paling penting sepanjang berkampung dengan nama-nama besar ini di lokasi penggambaran banyak input yang saya peroleh," katanya.

0 ulasan:
Catat Ulasan