Seorang pelakon drama telah dicekup bermain mahjung di sebuah pusat snuker di Bandar Puteri, Puchong petang semalam.

Serbuan yang dijalankan oleh Penguatkuasaan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) dilakukan setelah melakukan pemantauan dan hasil risikan untuk mendapat maklumat penuh tentang aktiviti perjudian tanpa mempunyai lesen sah dari pihak MPSJ.


Pelakon wanita berusia lingkungan 30-an yang pernah diberi jolokan artis seksi luar negara itu ditangkap ketika sedang leka bermain mahjung bersama dua lelaki bukan Islam di dalam sebuah bilik kecil terletak disebalik ruang permainan snuker.

Ketika serbuan dijalankan, pelakon wanita tersebut dipercayai tidak berpuasa, menghisap rokok serta menikmati minuman dengan memberi alasan sakit perut. Dia dan tiga rakannya yang lain kemudian dibebaskan selepas butir keterangan diri diambil.

~ Sinar Harian

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top