Anugerah DiGi WWWOW Internet For All 2013 anjuran DiGi Telecommunications Sdn Bhd (DiGi)

Mat Luthfi atau nama sebenarnya Muhammad Luthfi Rohime memenangi hadiah utama iaitu Video Terbaik 2013 dan DiGi WWWOW Terbaik 2013 manakala Hazman Hussain (MyHazman.com) muncul juara kategori Anugerah Pilihan Terbaik 2013 buat kali kedua berturut-turut.

Justeru, ia melayakkan mereka menerima hadiah berupa tajaan melancong ke Oslo, Norway, bagi menyaksikan konsert khas dan menjadi penonton rancangan temu bual eksklusif CNN sempena Majlis Penyampaian Hadiah Nobel.

Selain Muhammad Luthfi dan Hazman, anugerah ini turut dimenangi oleh beberapa penulis blog lain mengikut kategori masing-masing. Antaranya, mereka memenangi percutian ke Filipina untuk bertemu penulis blog ternama dan bertemu Pengarang Urusan Yahoo Asia bagi mendapatkan tip menghasilkan cerita foto yang menarik.

Semua pemenang bagi 15 kategori yang dipertandingkan menerima hadiah keseluruhan bernilai RM165,000.

Sejak penyertaan dibuka pada 18 Mei lalu, anugerah terbabit menerima jumlah penyertaan yang memecah rekod iaitu sebanyak 1,932 penyertaan dalam tempoh 30 hari dengan lebih 39,000 undian.

Ketua Perkhidmatan Pemasaran DiGi, Chan May Ling berkata, majlis penganugerahan maya ini menjadi kebanggaan pihaknya dan memperkukuhkan lagi misi Internet untuk semua dengan membuktikan kepada masyarakat pelbagai perkara menyeronokkan mampu dibuat melalui capaian Internet.

Pemenang bagi setiap kategori dipilih berdasarkan kombinasi undian awam dan keputusan hakim, kecuali dua kategori iaitu DiGi WWWOW Pilihan Ramai 2013 dan The Best of the Best.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top