Sinopsis Demi Dia
 Demi Dia mengisahkan Zack merupakan seorang lelaki yang kaya namun tidak pandai berdikari. Perkahwinan Zack dengan Azura ditentang oleh Tan Sri Puteh (bapa Zack) kerana menganggap Zack tidak mampu menjadi khalifah dalam keluarga. Tan Sri Puteh terpaksa bersetuju namun dengan syarat Zack harus menghabiskan pelajarannya. Zack terpaksa akur. Atas arahan Tan Sri Puteh, Wanda (kakak tiri Zack) perlahan-lahan cuba memisahkan Zack dan Azura.


Wanda mengupah Shiela untuk menjadi dalang perpisahan Zack dan Azura. Percintaan mereka diduga. Zack kemalangan dan memorinya bersama Azura hilang. Azura cuba mengembalikan ingatan Zack namun campur tangan Wanda dan Shiela memusnahkan segalanya. Azura kehilangan Zack. Sikap Mak Su (ibu saudara Azura) yang terlalu obses dengan wang menyebabkan Mak Su hampir menghancurkan kebahagiaan anak saudaranya.

Berjayakah rancangan dajal Wanda itu? Dapatkah Tan Sri Puteh memisahkan Zack dan Azura?  Mungkinkah memori Zack bakal kembali dan segala rahsia akan terbongkar?  Bagaimana takdir cinta Zack bersama Azura? Saksikan drama bersiri baru, Demi Dia menerusi slot Akasia di TV3, setiap hari Isnin hingga Khamis jam 7.00 malam mulai 3 Julai 2013, semestinya di TV3!

Penonton yang terlepas menyaksikan Demi Dia boleh menontonnya melalui laman sesawang Tonton di www.tonton.com.my. Layari www.tv3.com.my serta Facebook & Twitter TV3Malaysia untuk mendapatkan berita terkini.



Drama bersiri 24 episod nukilan skrip dan diarahkan oleh Aziz M Osman, menampilkan barisan pelakon hebat seperti Zoey Rahman (Zack), Elfira Loy (Azura), Dynas Mokhtar (Wanda), Amar Baharin (Nazri), Usop Wilcha (Tan Sri Puteh), Erma Fatima (Mak Su), Kishmar Johar (Puan Saodah), Niena Baharun (Shiela), Leyla Krisya (Merry), Shasha Al-Khred (Fana), Geofrey Perrin William (Eddy), Kamal Kamaruddin (Amer), Salleh Ahmad (Dato’ Taha) dan Iellyas Fietrie (Azrul).

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top