TV3  menyediakan 5 program masakan istimewa iaitu Selera, Sarapan, Moreh, Dapur Nanas dan Ini Caranya sepanjang bulan Ramadan bermula 13 Julai lalu sehingga 5 Ogos depan.

‘SELERA’ – Setiap Sabtu, 13 Julai – 3 Ogos 2013, jam 9.00 pagi

Lya Uzir yang tampil sebagai pengacara bakal berkongsi resipi dan tip dalam menyediakan juadah khas sempena Ramadan serta Aidilfitri nanti, antaranya, manisan dan juga biskut.

Jangan lepaskan peluang mencuba resipi menarik daripada program Selera seperti Magical Melty Cheese Nachos, Lemon & Blueberry Duets, Magic Wishing Wands, Crispy Almond Cookies dan banyak lagi.

‘SARAPAN’ – Setiap Ahad, 14 Julai – 4 Ogos 2013, jam 9.00 pagi

Hisham Hamzah selaku hos akan membawa penonton melihat demo makanan dan gaya hidup pada bulan puasa.

Untuk memberi lebih pengetahuan dan pengalaman menarik kepada penonton, aktiviti-aktviti menarik seperti menangkap ikan menggunakan jaring hanyut, cara pemprosesan buah kopi, tip membuat sarung cempedak turut dipaparkan dalam program 30 minit ini.

‘MOREH’ - Setiap Ahad, 14 Julai – 4 Ogos 2013, jam 5.00 petang

Menyusul sebuah program masakan yang akan dipersembahkan secara santai dan bersahaja, ‘Moreh’ menampilkan hos Danny Anwa di mana dia akan membawa penonton meninjau hidangan kuih-muih yang menepati pelbagai selera dari negeri-negeri berbilang budaya di Malaysia.

‘DAPUR PANAS’ - Setiap Ahad, 14 Julai – 4 Ogos 2013, jam 6.30 petang Bersama-sama pengacara popular, Neelofa dan Chef Nik Michael, resipi untuk hidangan pembuka selera, sajian utama dan pencuci mulut akan turut dimuatkan mengikut tema dan lokasi yang mereka lawati.

Menariknya, hos akan tampil dengan uniform mengikut lokasi yang mereka lawati.

‘INI CARANYA’ – Setiap Isnin, 15 Julai – 5 Ogos 2013, jam 5.00 petang

INI CARANYA yang dihoskan oleh chef terkenal tanah air, Chef Ismail ini tampil dengan kelainan di mana konsep yang cuba diketengahkan adalah ‘Take Home Chef’.

Chef Ismail akan memilih orang awam secara spontan untuk bersama-sama menyumbang idea memasak dan resipi di dapur rumah individu tersebut.

Menariknya, salah satu segmen program ini turut diselitkan tip-tip pemilihan bahan makanan yang baik dan sihat oleh Chef Ismail sendiri.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top