Sinopsis Badges of Fury

Badges of Fury mengisahkan Huang Fei Hong (Jet Li), detektif berpengalaman dan mahir dalam kung fu serta menunggu masa untuk bersara. Walaupun dia cuba mengelakkan dirinya daripada terjebak dalam masalah, ketuanya (lakonan Michelle Chen) mengarahkannya bergabung dengan rakan kerja baru, Wang Bu Er (lakonan Wen Zhang), yang mempunyai sikap suka bertindak melulu.

Pada misi pertama mereka yang membabitkan misi penyamaran, mereka terlepas sasaran dalam mengejar Chen Hu (lakonan Chou Collin Lung Yun) menyebabkan misi mereka gagal.

Ketua mereka (lakonan Ma Yi Li) amat marah dengan kegagalan itu dan mengarahkan Angela, Huang dan Wang untuk menyiasat kes `pembunuhan tersenyum' di mana setiap mangsa mati dengan senyuman aneh pada wajah mereka.

Maklumat lanjut mengenai filem ini layari www.ram-ent.com.my atau Facebook RAM Entertainment (RAM Entertainment).

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top