Sinopsis telefilem Setia Hujung Nyawa - Raya

Setia Hujung Nyawa - Raya mengisahkan kisah pasangan suami isteri,Zain (Amar) dan El (Nelydia) yang julung kali menyambut Ramadan dan Aidilfitri sebagai suami isteri.

El menjadi lebih mengada-ngada apabila dia kini hamil tujuh bulan. Pada bulan puasa ini, El semakin malas melakukan kerja rumah, lebih-lebih lagi kakinya semakin membengkak kerana mengandung. Zain terpaksa membuat pelbagai kerja rumah.

Suami isteri ini terpaksa pulang ke desa untuk beraya bersama nenek mereka (Ruminah Sidek) kerana ibu bapa mereka mengerjakan umrah.

Kisah mereka dipaparkan dalam bentuk komedi disamping banyak isu rumah tangga yang boleh kita semua jadikan pengajaran.


Setia Hujung Nyawa-Raya

Terbitan: Suhan Movies & Trading Sdn Bhd
Penerbit: Rosyam Nor
Pengarah: Amie Maziah
Penulis skrip: Wan Mahani
Tarikh tayangan: 10 Ogos 2013

Pelakon: Amar Asyraf, Nelydia Senrose, Shah Iskandar, Anzalna, Addy Ashraf, Ruminah Sidek.


0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top