Sinopsis Kalam Cinta

Kalam Cinta mengisahkan Pak Talib (Hisham Ahmad Tajudin) yang mempunyai dua anak, Laila (Nazeera Sardi) dan Johan (Redza Rosli). Pak Talib sedang sakit dan tidak dapat bekerja serta tidak mampu membayar sewa rumah. Ini menyebabkan Haji Nordin sering menghalaunya.

Laila mengambil kursus kaligrafi Islam dan mengusahakan lukisan kaligrafi di sebuah kedai buku. Laila secara tidak sengaja berjumpa dengan Dr Faris ketika Dr Faris ke kedainya untuk mengambil tempahan kaligrafi ibunya iaitu Hajah Pah (Aida Khaleeda). Daripada pertemuan singkat itu, Dr Faris menyukainya.

Pada masa sama Dr Alina (Siti Elizad) sudah lama mencintai Dr Faris tetapi Dr Faris tidak suka kerana dia terlalu mengongkong. Tuan Abdullah (Farid Amirul) pula tidak jadi mengambil tanah tempat Pak Talib menyewa selepas dia rapat dengan Johan dan keluarganya yang ditemui secara tidak sengaja.

Apakah Dr Faris berjaya mengahwini Laila, ikuti cerita Kalam Cinta yang akan bersiaran di TV AlHijrah pada 26 Julai ini, jam 10 malam.

Pelakon Kalam Cinta: Datuk Jalaluddin Hassan, Aida Khaleeda, Beego, Nazeera Sardi, Siti Elizad, Hisham Ahmad Tajudin, Redza Rosli, Farid Amirul

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top