Sinopsis Dahil May Isang Ikaw (Destined Hearts) 

Dahil May Isang Ikaw mengisahkan Tessa Ramirez, seorang peguam yang prihatin dan sangat dihormati, telah memenangi setiap kes dibicarakan khususnya membabitkan penderaan kanak-kanak. Bagaimanapun, cabaran sebenar Tessa ialah pencarian anak perempuannya yang hilang.

Sebelum mencapai kejayaan yang dikecapi ini, Tessa pernah menjadi pasangan yang ideal dan romantik bersama Jaime Alferos ketika di kolej pada 1980. Jaime telah berjanji dengan Tessa bahawa mereka akan berkahwin apabila dia kembali dari Amerika Syarikat.

Suatu hari, ibu Jaime memberitahu Tessa anaknya menjalinkan hubungan dengan wanita lain.

Tessa cuba menghubungi Jaime, namun panggilan itu dijawab Patricia yang mengesahkan hubungan mereka. Pada waktu sama, Tessa disahkan mengandung.

Daniel Ramirez yang menyimpan perasaan terhadap Tessa selama ini berjanji akan melakukan apa saja demi kebahagiaan Tessa, malah sanggup menjadi suami dan bapa kepada anak yang dikandung oleh Tessa.

Dalam situasi tidak dijangka, anak perempuan Tessa, Melissa diculik kumpulan sindiket yang memaksa kanak-kanak menjadi buruh kasar. Sepatutnya Daniel membawa Melissa berjumpa pakar kanak-kanak, namun secara tibatiba seorang lelaki mengacukan pistol terhadap Daniel. Sama ada menyerahkan Melissa atau dibunuh, itulah pilihan Daniel. Tessa menyalahkan Daniel atas kehilangan Melissa.

Ella (Kristine Hermosa), seorang gadis yang sering menjadi mangsa dera oleh ibunya mempunyai impian mudah iaitu disayangi ibunya. Jadi suatu hari, dia cuba menjadikan impian itu kenyataan dengan membaling syiling satu peso ke sungai. Malangnya, syiling itu jatuh ke dalam sebuah bot, bermakna impian Ella tidak akan menjadi realiti.

Ella terlihat seorang lelaki iaitu Miguel (Jericho Rosales), secara rahsia menaiki bot itu. Dia meminta Miguel membaling syilingnya ke sungai tetapi Miguel tidak mendengar arahan itu dengan jelas sebelum Miguel ditangkap pemilik bot yang menyuruhnya turun, manakala Ella dimarahi dan kemudian dihukum ibunya kerana mencuri syiling satu peso.



Miguel dan Ella mencari antara satu sama lain sepanjang hidup mereka. Konflik semakin ke kemuncak apabila Miguel mendapati dirinya berbelah bagi sama ada untuk memilih Ella, wanita dicintainya atau Tessa, wanita yang telah memberinya kehidupan baru. Kedua-dua keluarga terperangkap dalam persengketaan penuh penipuan dan tipu helah.

Saksikan Jericho Rosales, Kristine Hermosa, Gabby Concepcion, Lorna Tolentino, Chin Chin Gutierrez, John Estrada, Karylle dan Sid Lucero di dalam `Dahil May Isang Ikaw' menerusi slot Telenovela, setiap Isnin hingga Khamis, jam 3 petang.

Pelakon Dahil May Isang Ikaw (Destined Hearts) : Jericho Rosales, Kristine Hermosa, Gabby Concepcion, Lorna Tolentino, Chin Chin Gutierrez, John Estrada, Karylle dan Sid Lucero.

Pengarah:  Jerry Lopez Sineneng dan Rechie Del Carmen


0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top